Bagi korang kat luar sana yang mengetahui serba sedikit mengenai sejarah dunia, korang pasti kenal dengan nama Adolf Hitler, pemimpin Nazi yang menjadi pencetus kepada Perang Dunia Kedua.
Di sebalik watak bengis dan sering digelar gila kuasa oleh kerana penindasan dan pembunuhan berjuta orang Yahudi yang dilakukannya, rupanya ada satu perkara yang tak ramai tahu mengenai Hitler.
Menurut History, lama sebelum dia menjadi seorang ahli politik dan pemimpin diktator, Hitler terdahulu merupakan seorang pelukis amatur.
Namun ada beberapa perkara yang berlaku di dalam hidupnya membuatkan Hitler menjadi ‘pelukis yang tersakiti’ dan berubah kepada individu yang paling dibenci ramai.
Lukisan sering dinilai ‘tidak memuaskan’
Pada awal tahun 1908, selepas kematian ibunya, Hitler yang berusia 18 tahun telah meninggalkan kampung halamannya di Linz dan berpindah ke Vienna, sebuah ibu kota yang penuh ‘glamour’ di Empayar Austro-Hungary.
Tidak mahu menjadi penjawat kerajaan seperti yang diminta bapanya, tujuan Hitler ke Vienna adalah satu, dia ingin mencapai impiannya menjadi seorang pelukis.
Namun impiannya itu nampaknya tidak kesampaian kerana walaupun dia pernah lulus ujian kemasukan pada 1907, skill lukisannya sering dinilai ‘tidak memuaskan’ sehingga dia ditolak masuk Akademi Seni Halus oleh jawatankuasa kemasukan.

Tidak putus asa akan kegagalan pertama, Hitler mencuba lagi buat kali kedua pada 1908 untuk memasuki Akademi Seni Halus dan sekali lagi dia menerima berita sedih bahawa mereka menolak kemasukannya lagi.
Hidup susah selepas tak dapat masuk akademi
Menurut Hitler dalam autobiografi manifestonya, Mein Kampf, penolakan demi penolakan yang diterima daripada pihak akademi tersebut ‘bagai petir yang memanah dirinya’ kerana dia sangat yakin akan berjaya memasuki akademi tersebut.
Disebabkan kesempitan hidup, Hitler terpaksa berpindah daripada satu bilik sewa ke satu bilik sewa lain dan kadang-kadang hidup di tempat gelandangan kerana masalah kewangan.
Pada 1909, Hitler cuba membuat duit dengan menjual lukisan minyak dan watercolour, yang mana kebanyakan lukisan tersebut merupakan lukisan bangunan di Vienna dan ada juga yang ditiru saja daripada poskad.

Penolakan masuk akademi punca benci Yahudi?
Daripada sinilah katanya perasaan anti-semitisma (perasaan permusuhan atau prejudis terhadap orang Yahudi) dalam diri Hitler mula tertanam dan ia juga katanya disebabkan pengaruh politik anti-semitik yang dibawa oleh datuk bandar Vienna ketika itu, Karl Lueger.
Beliau juga katanya mempunyai pemikiran yang percaya bahawa professor yang menolak karya seninya adalah Yahudi dan doktor yang bertanggungjawab atas kematian ibunya juga seorang Yahudi.
Kebenciannya juga semakin kuat apabila beliau merasakan bahawa pekerjaannya sebagai pembersih salji jalanan di bandar cantik seperti Vienna itu hanya didiami oleh orang Yahudi.
Pada tahun 1910, kebencian terhadap Yahudi ini memang dah tersemat di dalam hatinya dengan mendalam sehingga telah mencorakkan diri dan ideologinya untuk menyatukan Jerman dan Austria.
Hitler akhirnya masuk tentera & balas dendam pada ‘seni’
Keinginan untuk keluar daripada kesempitan hidup yang dilaluinya di Vienna mendorong beliau untuk menyertai Tentera Austria pada 1914, namun oleh kerana masalah kesihatan akibat faktor pemakanan dan tidur yang tak menentu, beliau gagal.
Namun Hitler seperti yang korang semua tahu, bukan jenis berputus asa. Pada tahun yang sama, beliau menyeberangi sempadan Jerman dan memohon nak masuk ketenteraan Jerman pula. Kali ini nasib menyebelahinya kerana permohonan diterima walaupun dia warga Austria. Pada masa tu Perang Dunia Pertama baru saja diisytiharkan.
Berdekad berlalu, ‘dendam’ Hitler pada seni atau seni moden nampaknya masih menebal sehingga dia memanggil seni yang dihasilkan oleh pelukis Yahudi dan Bolsheviks sebagai seni yang ‘merosot’ dan satu ancaman kepada identiti nasional Jerman.
Pada 1937, Nazi katanya telah mengumpul lebih 16,000 artworks yang dikeji itu dan meletakkannya di muzium di Jerman. Pameran yang bertujuan untuk mencemuh para pelukis tersebut telah dihadiri hampir 2 juta orang. Memang betul Hitler ‘pelukis yang tersakiti’ ni…
Di mana lukisan Hitler sekarang?
Tak pasti sama ada dibencikan hasil lukisannya atau niat lain yang tak diketahui, Hitler katanya telah membakar kesemua hasil lukisannya semasa dia masih berkuasa dulu.
Namun katanya, ada ratusan lagi lukisan hasil tangan Hitler ni di serata dunia, termasuklah empat lukisan yang dirampas US ketika Perang Dunia Kedua dulu.
Walaupun tak salah dari segi undang-undang Jerman untuk menjual lukisan Hitler (selagi tak ada simbol Nazi), kebanyakan jualan yang ada lukisan Hitler ini banyak membawa kontroversi.
Ada lukisan yang betul dilukis oleh Hitler dan dijual dengan nilai puluhan ribu ringgit. Namun ada juga yang menipu, kononnya lukisan tersebut hasil tangan Hitler tapi ia sekadar scam semata-mata.
Cuba bayangkan kalau Hitler tak jadi pemimpin Nazi dan masuk akademi seni, entah-entah jadi pelukis terkenal agaknya? Tak adalah perang dunia kedua.
Baca: Coronavirus: Sebenarnya Nostradamus Dah Ramalkan Killer Virus Ni Sejak Dulu Lagi!