in

Adira Tidak Dimaklumkan Awal, Terkejut Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

syaz ft 2025 12 19T154320.446

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyanyi Adira mengakui terkejut apabila dimaklumkan bekas suaminya, usahawan Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red, didakwa telah memfailkan pengesahan rujuk tanpa pengetahuannya pada Rabu lalu.

Menurut Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 34, perkara itu hanya diketahuinya selepas dimaklumkan oleh pihak peguam.


Artikel berkaitan: “Dia Memang Suka Bergurau” – Adira Nafi Rujuk Dengan Datuk Red, Tegaskan Tiada Berita Gembira

Artikel berkaitan: Datuk Red Kena Sekatan Ke Luar Negara, Nur Nilam Bantu Bayar Tunggakan Agar Dapat Tunai Umrah

“Sejujurnya, ini adalah cerita yang panjang. Saya baru sahaja menerima maklumat yang sebelum ini saya langsung tidak tahu dan perkara ini berlaku secara tiba-tiba.

Saya serahkan sepenuhnya kepada peguam. Buat masa ini saya tidak boleh berkongsi apa-apa kerana masih berbincang dengan peguam,” katanya.

Menurut laporan mStar, Adira mengakui berada dalam keadaan serabut susulan perkembangan mengejutkan itu dan sukar untuk memberikan sebarang penjelasan lanjut kerana proses berkenaan masih berjalan.

“Saya berada dalam keadaan yang sukar untuk menjawab kerana ceritanya panjang dan masih dalam proses. Fail kes rujuk itu bukan daripada pihak saya,” jelasnya.

Namun, jelas Adira, keutamaan utamanya ketika ini adalah untuk menjaga kebajikan anak-anak serta memberi sepenuh tumpuan terhadap kerjayanya.

“Saya berharap semua urusan ini dapat diselesaikan dengan cepat kerana saya tidak mampu menghadapi drama seperti ini lagi. Cukuplah apa yang telah berlaku.

Cuma ketika ini saya benar-benar pening dan berharap saya diberi kekuatan. Saya ikhlas menerima apa yang terjadi,” katanya lagi.

Tambahnya, fokusnya kini hanyalah terhadap anak-anak dan kerjaya, selain berharap orang ramai dapat mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.

“Fokus utama saya sekarang hanyalah anak dan kerja. Saya cuma berharap orang ramai mendoakan urusan saya ini dipermudahkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adira turut menegaskan hubungannya dengan Datuk Red kini sekadar sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak mereka, tanpa melibatkan sebarang perasaan lain.

Untuk rekod, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Namun, perkahwinan tersebut berakhir dengan perceraian pada 24 April tahun lalu. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob, 3.

Sumber: mStar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.