in

“Adik hebat!” – Netizen Puji Ibu Pujuk Anak Menangis, Sedih Sebab Tak Dapat Jawatan Pengawas

Poi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ketika zaman sekolah dulu, pelajar yang pegang jawatan seperti ketua kelas dan pengawas adalah antara yang menjadi idola dan contoh ramai. Disebabkan itulah, ada di antara pelajar ini terinspirasi untuk pegang jawatan itu di sekolah masing-masing.

Akan tetapi, nasib tak menyebelahi seorang pelajar di sebuah sekolah di Kuala Lumpur apabila dia tak berjaya peroleh jawatan pengawas yang diidaminya.


https://www.tiktok.com/@theshehans/video/7303487299088665864?_r=1&_t=8hY7qpaE3nk

 

Menurut perkongsian ibunya di TikTok, anak perempuannya itu merupakan seorang yang bercita-cita tinggi dan ingin bergelar seorang pengawas sejak dulu lagi.

Artikel berkaitan: “Kaki adik ada di syurga” – Ibu Pujuk Anak OKU Buat Ramai Netizen Sebak

Artikel berkaitan: Demi Nak Pujuk Tunang Merajuk, Pemuda Naik Bas Dari JB Ke KL Nak Hadiahkan Lego

Katanya, anaknya pernah menjadi pustakawan sekolah namun, impiannya untuk menjadi pengawas masih tidak dilupakan.

“Semasa di Tingkatan 1, dia gembira bila dapat jadi pustakawan tapi, cita-cita nak jadi pengawas tu tak pernah padam.”

Oleh disebabkan itu, anaknya telah memohon untuk jadi pengawas sekolah semasa berada di Tingkatan Dua.

Tambahnya lagi, anaknya berasa sangat gembira sebab berjaya dapat offer untuk jawatan tu daripada guru kelasnya pada bulan lepas. Pada masa yang sama, dia juga keberatan untuk melepaskan jawatan pustakawannya.

“Dia sangat gembira bila dapat tawaran untuk jadi pengawas namun berasa berat hati untuk melepaskan jawatan pustakawan.”

Menurut ibunya, dia menjadi saksi akan semangat anaknya yang bangun awal pagi demi nak jalankan tugas selama sebulan.

Namun begitu, anaknya berasa sangat sedih bila dia menjadi salah satu calon yang disingkirkan untuk jawatan tu berdasarkan keputusan dari senior sekolah itu.

Walau bagaimanapun, ibunya tak salahkan proses pemilihan sebaliknya dia menghormati keputusan yang dibuat pihak sekolah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serta memberikan kata-kata semangat kepada anaknya.

Rq1

Semoga adik ni tetap tabah dan berjaya di masa akan datang!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.