in

“Adik beradik dah lengkap” – ‘Kuasa Retweets’ Bantu 4 Beradik Kembali Bersua Lepas Berpisah Dari Kecil

adikberadik2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka dengan adanya kuasa viral ni keempat-empat beradik ni akhirnya bersua selepas berpisah sejak Izah berumur 8 tahun.

 

Dah lama saya tak jumpa mereka, saya dah nak kahwin dan satu perkara yang saya hajatkan nak mereka semua ada disisi saya. Saya tahu agak mustahil tapi tolong lah rt untuk temukan kami. Insyaallah!”

https://twitter.com/fdzhx/status/1158362323632812032


Ceritanya begini, menurut kakak dia Ellina, keempat-empat beradik yang sebelum ini tinggal di Pahang terpisah kerana Izah diberikan kepada keluarga angkatnya, saban tahun berlalu, Izah bakal melangsungkan perkahwinannya.

Hajat izah ingin bersua semula dengan kesemua adik beradiknya, Ameera Najeeha, Nur Ellina & Muhd Idzmi Haiza.

adikberadik

Biarpun dah mempunyai alamat mereka, Izah rasa diaorang dah tak duduk dekat situ lagi. Izah pun dah lakukan macam-macam cara nak untuk jejaki diaorang.

 

Dah hubungi JPN dan semak rekod perubatan mereka tapi tak dapat sebarang maklumat.”

Jadi Izah pun minta lah bantuan ihsan daripada netizen untuk retweets pasal hal mereka ni. Siapa sangka dengan jumlah dalam 3,500 jumlah retweets yang dia raih, berita ni sampai ke kakaknya Elina.

 

Boleh saya panggil awak adik?”

Lebih daripada 10,000 netizen yang retweets respon Elina ni rasa sebak tengok mereka jejak kasih. Mereka kemudiannya berhubung dan akhirnya ‘berkumpul’ dalam satu group whats app.

 

Adik beradik kita dah lengkap”

https://twitter.com/AmeraNajeha_/status/1158556979301765120

Adik beradiknya lagi sorang Amera Nejeha pun ada tampil beri respon dan menunjukkan yang mereka dah ‘bertemu’ biarpun dari jauh. Allahu, rasa sebak campur gembira tengok adik beradik yang dah lama berpisah ni bertemu balik.

Lepas bersusah payah, senang je diaorang jumpa, cari info pakai hujung jari je. Bak kata pepatah, Modern problems require modern solutions.

 

Baca : “Hargailah ayah anda” – Ayah Beli Telefon Untuk Anak Guna Duit Syiling Buat Netizen Sebak

ayah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.