Fenomena filem adaptasi sejarah, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan cukup memberi kesan kepada industri perfileman tanah air. Sepanjang tayangannya di pawagan pada tahun lalu, filem tersebut telah berjaya meraih kutipan hampir RM90 juta.
Namun, pelakon utama yang memegang watak Mat Kilau dalam filem itu, Datuk Adi Putra berkata, beliau tidak menerima sebarang bonus menerusi kejayaan filem itu.
“Saya kena jujur, tidak ada. Tapi, saya tetap bersyukur”
Memetik laporan Harian Metro, Datuk Adi Putra berkata demikian ketika ditemubual wartawan mengenai penerimaan bonus menerusi filem Air Force The Movie lakonannya.
Bercakap mengenai filem tersebut, Adi mengucapkan terima kasih dan bersyukur kepada pihak penerbitan filem Air Force The Movie kerana memberikan bonus penghargaan kepada barisan pelakon dan tenaga kerja.
Adi bagaimanapun tidak mendedahkan berapa jumlah bonus yang diterimanya dan hanya bersyukur atas penghargaan yang diberikan oleh pihak produksi.
Untuk rekod, filem Air Force The Movie telah meraih kutipan sebanyak RM 30 juta sepanjang tayangan di pawagam.
Baca: “Saya tak mahu komen” – Adi Putra Sahkan Tidak Terlibat Dalam Mat Kilau 2