in

“Adakah anda hilang hormat sesama wanita?” – Janna Nick Dikecam Netizen, Sebut ‘Perempuan G*la’ Dalam Podcast

janna panggil perempuan gila

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hah apa pulak yang kecoh-kecoh ni? 

Sejak semalam, hangat diperkatakan di media sosial berkenaan satu rakaman podcast dikendalikan oleh Janna Nick yang menerima kecaman ramai.


Menerusi video yang tular, Janna dilihat menemu bual aktor terkenal, Fattah Amin dan bertanyakan tentang perasaan seorang lelaki setelah bergelar duda.

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan ‘perempuan gila’ telah mengundang pelbagai kritikan ramai kerana menganggap ia ditujukan kepada ‘bekas isteri’ pelakon berkenaan.

@kekode_

Janna 😅 Melodi Up-Close with Fattah Amin di Tonton

♬ original sound – KeKoDe – KeKoDe

Lelaki ni bila dah berpisah dia rasa macam mana? Dia rasa happy ke, dia rasa terlepas ke beban dia, dia rasa macam tak payah nak hadap perempuan gila ni ke? 

“Contoh, bukan bekas isteri kau. Aku cakap situasi lelaki. Korang jangan salah eh,” kata Janna.

Sejurus bertanyakan soalan berkenaan, kelihatan wajah Fattah Amin juga berubah apabila mendengar perkataan ‘perempuan gila’ tersebut.

Artikel berkaitan: Janna Nick Dikecam Gelakkan Cara Ashraf Muslim Buang Saka Dari Badannya

Artikel berkaitan: “Of course ada” – Fattah Amin Dah Sediakan Duit Raya Untuk Fatima

“Wanita gila mana yang bangun tidur, fail cerai tanpa alasan kukuh?” 

Susulan tularnya video itu, ia menerima pelbagai respon netizen terutamanya di platform Thread yang mempertikai tindakan Janna yang dikatakan agak keterlaluan.

Rata-rata menganggap penggunaan perkataan ‘perempuan gila’ kepada bekas isteri seseorang itu adalah tidak wajar kerana tidak ada wanita yang ingin bercerai tanpa sebab yang jelas.

gila 1 down

Dalam pada itu, ada juga yang ‘backup’ Janna dengan mengatakan mereka memahami konteks yang ingin diperkatakan pelakon itu, namun ramai yang beremosi sehingga menimbulkan salah faham.

janna f

Sehingga setakat ini, masih belum ada kenyataan balas dari pihak Janna berhubung kecaman dari rakaman podcast tersebut.

Apa-apapun diharapkan semoga isu ini tidaklah berpanjangan dan semoga kita menjaga tutur kata dalam memberikan komen tentang isu ini. 

Sumber: Thread

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.