Hujung minggu lalu, isu kecurangan pelawak dan pengacara Shuk Sahar sekali lagi dipersoalkan selepas isterinya Rossalennah Natassyiah Asshafaerah mendedahkan yang suaminya ini masih menjalinkan hubungan dengan seorang wanita, Fara Salleh.
Ekoran dari pendedahan tersebut, Fara telah pun tampil membuat laporan polis pada Ahad malam selepas dia dikatakan telah menerima pelbagai ugutan kerana isteri Shuk mendedahkan maklumat peribadinya seperti nombor telefon dan alamat rumah.
Menerusi temubual bersama mStar, wanita ini mengatakan yang selepas videonya dimuat naik di media sosial, dia telah menerima ugutan termasuk ugutan bunuh ke atasnya.
Saya terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang ugut nak bunuh… Sebab tu saya terpaksa buat laporan polis.”
Menceritakan kembali kejadian ketika dia ‘diserang’ oleh isteri Shuk di rumahnya, Fara mengatakan yang kira-kira jam 2 pagi Sabtu lalu, Rossalennah telah datang ke rumahnya dan mendakwa yang dia telah sembunyikan penyampai radio itu di rumahnya.
Atas faktor keselamatan, Fara enggan membenarkan wanita itu masuk ke dalam rumahnya dan meminta agar Rossalennah menghubungi JAIS atau pun pihak polis.
Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi JAIS dan polis, biar pihak berkuasa yang periksa rumah saya.”
Bukan itu sahaja, Fara turut memberi pilihan untuk video call dan buat home tour bagi membuktikan yang dia tak sembunyikan lelaki itu seperti yang didakwa. Namun, pelawaannya itu ditolak oleh Rossalennah.
https://www.instagram.com/p/CJA02YvjL0T/
Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Shuk Sahar, wanita ini mengatakan yang dia dan Shuk tak ada apa-apa hubungan.
Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia.”
Sehingga kini, Shuk yang telah digantung perkhidmatan dari menjadi penyampai radio Hot FM masih mendiamkan diri dan belum memberi apa-apa penjelasan dari pihaknya.
Baca: Lepas Viral Isu Curang, Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Sebagai Penyampai Radio Hot FM?