in

“Ada yang masih degil” – Polis Johor Beri Amaran Pada ‘Kaki Camping’

Larangan Hiking Di Johor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang memasuki hutan simpan kekal di Johor walaupun kawasan ini ditutup kepada orang ramai berikutan musim tengkujuh yang berterusan.

Amaran tersebut dikeluarkan selepas pihak Polis Johor mendapati masih terdapat segelintir individu yang masih berdegil dan meneruskan aktiviti perkemahan dan pendakian.


Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat kepada pihak wartawan setelah mendapati masih ada laporan mengenai penganjuran aktiviti perkhemahan dan pendakian yang dilakukan di lereng bukit walaupun pihak berkuasa telah melarang aktiviti rekreasi di hutan simpan di seluruh negeri.

Ezgif.com Gif Maker 10

“Ini adalah peringatan kerana masih ada individu yang degil tidak mengikut peraturan”

Tambah beliau lagi, pihak berkuasa baru-baru ini telah menyelamatkan seorang lelaki berusia 57 tahun pada jam 1 pagi setelah menerima laporan kehilangan lelaki berkenaan ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Pulai yang ketika ini ditutup kepada orang ramai.

Menjelaskan kejadian tersebut, lelaki yang melakukan aktiviti pendakian di Gunung Pulai secara berseorangan itu ditemui oleh pasukan penyelamat dalam keadaan kepenatan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan.

320706266 506746511433448 4930199803573010555 N Horz

Menurut Datuk Kamarul lagi, lelaki tersebut telah menceroboh kawasan hutan simpan berkenaan yang ketika ini merupakan kawasan larangan sementara kepada orang awam atas faktor cuaca.

Perkara demikian dilakukan bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku kepada orang awam terutamanya ketika musim monsun yang sedang melanda negara dan sebagai langkah keselamatan, orang ramai diminta mengikuti arahan yang dikeluarkan.

313401335 503666238466783 5038939614530997757 N

Terdahulu, sebuah operasi mencari dan menyelamat telah diarahkan bagi mencari seorang lelaki yang hilang ketika mendaki yang dikenali sebagai Lee Chin Chai.

Menurut laporan, Lee yang melakukan aktiviti tersebut berseorangan dilihat buat kali terakhir oleh pendaki lain sekitar jam 10 pagi hari Ahad ketika dia ditunjukkan trek untuk ke gunung berkenaan oleh seorang kenalan.

Untuk rekod, kesemua aktiviti rekreasi telah diharamkan buat sementara waktu di semua hutan simpan kekal Johor berikutan musim tengkujuh timur laut yang sedang melanda negara sekarang.

Baca : Keluarga Mangsa Tanah Runtuh Batang Kali Dakwa Ada Pihak Ambil Kesempatan Buat Kutipan Dana

Mangsa Tanah Runtuh 1

Sumber: JPNJ
Sumber: JPNJ

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.