Kalau bercakap tentang kisah seram, mesti ada antara kita pernah tengok gambar atau video penampakan makhluk halus di beberapa tempat.
Satu hantaran yang dimuat naik oleh Tiya di TikTok menceritakan pengalamannya diganggu oleh makhluk halus ketika berniaga.
Ada bunyi garau dalam video
Tiya berkata, seorang pengikutnya telah bertanya mengenai video dirinya sedang review makanan. Dalam video tersebut, Tiya sedang menuang makanan di dalam pinggan plastik dan terdengar satu suara garau yang agak misteri.
Dekat part ayat “Look at that” tu ada suara garau. Kalau silap maafkan saya – mesej pengikut
Artikel berkaitan: [VIDEO] Nampak ‘Bayangan’ Dalam Rumah & Mimpi Ular Hitam, Caprice Dan Isteri Terkena Gangguan Sihir?
Artikel berkaitan: “Ada orang hantar santau” – Jumpa Pelesit Dekat Pelamin, Wanita Dedah Kena Gangguan Sejak Hari Bersanding
Dia mengakui bukan seorang yang akan menyemak semula video yang dirakam jadi dia tidak perasan akan bunyi garau tersebut. Setelah meneliti semula, jelas ada suara garau dirakam dalam video itu.
Jumpa duit syiling dalam rumah
Tiya juga mendakwa keluarganya diganggu selepas menemui beberapa duit syiling siam di dalam rumah. Sebelum ini juga, anak saudara Tiya pernah memegang duit syiling itu dan jatuh sakit selama seminggu.
Anak saudara I jumpa duit syiling tu, dia pegang duit tu.. lepas tu demam seminggu, tak lalu makan. Lemah, tak boleh bangun.
Bukan itu sahaja, ketika Tiya sedang mengira duit dalam peti tiba-tiba sekeping syiling bernilai 20 sen telah jatuh dari atas. Tiya berkata, dia tidak pernah menggunakan duit syiling sepanjang berbisnes kerana makanan yang dijual hanya menggunakan wang kertas.
Rupa-rupanya ada duit syiling jatuh dari atas. Kita tak guna duit syiling sebab apa yang I jual semua guna duit kertas.
Staf Tiya juga pernah terjumpa banyak duit syiling di dalam kedai dan sebagai langkah berjaga-jaga, mereka mengutip duit syiling itu menggunakan tisu. Kesemua duit syiling yang dijumpai itu juga akan ditanam.
@tiyakamal2 Tatau la buatan org ka apa , semoga Allah lindungi kami sekeluarga ?#foryoupagе #fyp #fypシ #shouldbeme
Menjengah di ruang komen, ramai netizen meminta Tiya supaya lebih berhati-hati.
Seram betul bila jadi macam ni..
Sumber: TikTok