in

“Ada sikit rasa macam ayam” – Wartawan Muslim Ini Diberi Peluang Untuk Rasa Sendiri Bánh Mì Khinzir Tapi Bebas Khinzir?

Featured Image Babi Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin berubahnya zaman, semakin banyak benda baharu yang dihasilkan oleh manusia. Boleh dikatakan, pada masa kini, benda yang dahulunya kita fikir tak boleh dicipta, tapi kini ada manusia yang berjaya menciptanya.

Sebuah syarikat produk makanan yang beroperasi di Redwood City, California telah berjaya mencipta patty daging khinzir yang mempunyai bau dan aroma sama seperti daging khinzir sebenar dan ia dikatakan halal. Eh dah nama khinzir, kan haram?


Syarikat yang lebih dikenali sebagai Impossible Food itu menghasilkan daging berperisa khinzir tapi tidak menggunakan daging khinzir langsung.

Beger Babi
Sumber: world of buzz

Mesti ramai yang nak tahu dia pakai apa?

Menurut portal World Of Buzz, protein utama bagi patty ini adalah berasal dari soya, dan sumber lemak utama ialah minyak bunga matahari dan minyak kelapa. Mereka juga meletakkan asid amino, vitamin, gula, dan sebatian yang boleh dijumpai dalam organisma hidup serta campuran bahan kimia bagi menghasilkan rasa dan aroma seperti daging asal.

Ini adalah rupa patty itu semasa ia masih lagi mentah.

Babi Mentah
Sumber: world of buzz

Namun begitu, seorang wartawan wanita muslim yang dikenali sebagai Abrar al-Heeti telah diberi peluang untuk merasai sendiri hidangan Bánh Mì Khinzir.

Bánh Mì atau nama lainnya roti dihidang bersama-sama daging khinzir bagi mendapatkan maklum balas daripada Abrar.

“Saya bukanlah pakar dalam rasa sesuatu makanan tu, lagipun mengikut agama dan kepercayaan saya, kami dilarang sama sekali untuk makan daging itu” 
“Ini adalah kali pertama saya merasai “daging khinzir,” rakan-rakan CNET saya mengatakan sebenarnya ia rasa sama macam daging khinzir yang sebenar” 
“Walaupun ia bukan daging khinzir sebenar, Pork Impossible masih sukar untuk ditelan. Tapi mulanya saya ada rasa seperti daging ayam yang di salai” Abrar.

https://www.instagram.com/p/B7AI8AGgr4k/?utm_source=ig_web_copy_link

Walaupun didalam komennya Abrar seakan-akan menyesal setelah mencubanya, namun makanan yang dicipta oleh Food Impossible itu sememangnya bebas daripada hormon haiwan dan antibotik daripada haiwan.

Haish, macam-macam lah, sampai daging khinzir vegetarian pun berjaya di buat nampaknya.

 

Baca: Ada DNA Lembu & Babi, Gula-gula White Rabbit Tak Halal!

Okhg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.