in

“Ada orang hantar santau” – Jumpa Pelesit Dekat Pelamin, Wanita Dedah Kena Gangguan Sejak Hari Bersanding

Pelamin 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dah menjadi kebiasaan bagi segelintir individu yang ada sifat dengki, mereka akan melakukan apa jua cara demi menjatuhkan orang yang mereka tidak suka. Salah satunya adalah dengan cara menghantar sihir ataupun santau kepada orang tersebut.

Tular di X semalam, seorang wanita menceritakan tentang majlis perkahwinannya menjadi kucar-kacir gara-gara perbuatan khurafat orang lain. Sehingga kini, dia masih lagi terkena gangguan makhluk halus.


Jumpa pelesit dekat pelamin

Ceritanya bermula apabila ada seekor belalang pelesit pada majlis pernikahan yang berlangsung pada waktu malam. Kemudian, beberapa kejadian pelik yang lain berlaku termasuklah hujan gerimis secara tiba-tiba pada malam tersebut.

Keesokan harinya sewaktu bersanding, lauk kenduri yang disediakan telah basi dan kurang tetamu sedangkan keluarganya sudah menjemput orang kampung untuk menghadiri majlis. Bukan itu sahaja, dia dan ibunya juga bergaduh besar di hadapan orang ramai.
Esok tu sanding, makanan basi. Lepas tu orang kampung ramai tak datang sangat sebab mereka kata mak ayah aku tak jemput. Padahal mak ayah aku pergi ajak mereka. Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa?

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.