Kalau kita bawa kereta atas jalan, pasti sekali sekala tu akan ada satu masa dimana tu kita sebagai rakyat marhaen kena bagi laluan dengan pengguna jalan yang special ni. Satu, ambulans dan satu lagi kenderaan yang ada escort.
Tapi bayangkan kalau kedua-duanya sekali di atas jalan, mana yang korang utama kan untuk mereka sampai ke destinasi? Orang yang dah lambat temujanji atau orang yang sedang bertarung nyawa? Dan cuba bayangkan situasi yang diaorang sama-sama kat atas jalan?
Tak payah bayangkan lah, ada video dia ni ha…
Polis escort vs Ambulans
Video yang dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Lian ini dirakam saat dia sedang memandu di satu highway ni sekitar jam 9 pagi. Sudah semestinya waktu itu lalu lintas memang teruk kan?
Tiba-tiba di terdengar ada bunyi siren dari belakang dan mendapati ada ambulan tengah minta laluan. Macam biasalah, sebagai rakyat prihatin ramai pengguna jalan raya akan sediakan laluan supaya ambulan tu dapat lalu.
Tiba-tiba ada ada polis menggunakan jalan yang sama, dua polis bermotor di hadapan minta pengguna jalan raya lain untuk berikan 3 kereta SUV hitam di belakangnya itu untuk lalu termasuklah ambulans tu! Kena paksa bagi ruang dekat orang-orang ‘penting’ tu lalu.
Kelakuan sebegitu telah mengundang kemarahan netizen kerana tindakan itu dianggap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nyawa orang.
Jadi, apa pandangan korang? Siapa yang patut diutamakan?
Baca : Lelaki Beri Peringatan Tentang Taktik Kotor Trak Tunda Tipu Pengguna Jalanraya