Ramai di antara rakyat Malaysia yang meminati sukan bola sepak, ini mungkin disebabkan pendedahan mengenai sukan tersebut agak awal di negara kita ini.
Pun begitu, semalam tular di laman Twitter sebuah tangkap layar yang dimuat naik oleh sebuah page berkenaan bola sepak tempatan yang menyatakan pihak Stadium Sultan Ibrahim (SIS) di Johor tidak membenarkan membawa bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang ke dalam stadium.
Difahamkan, tangkap layar itu merujuk kepada pertanyaan seorang netizen yang bertanyakan kepada Marshall JDT tentang kesahihan larangan membawa masuk Jalur Gemilang ke dalam stadium tersebut.
“Sebabnya adalah kehadiran penyokong adalah bagi menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan JDT dan bukannya Malaysia. Oleh yang demikian, kami berharap agar selepas ini jangan dibawa masuk jalur gemilang ke SSI. Maaf ya tuan.” tulisnya.
Posting tersebut sudah pastinya mendatangkan pertelingkahan di antara peminat-peminat sukan itu, namun hasil tinjauan di Twitter, difahamkan tiada undang-undang larangan seperti itu di SSI.
Malah, ada juga perkongsian daripada laman Facebook peminat skuad Harimau Selatan itu yang menafikan larangan tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, difahamkan page Facebook Marshall JDT itu telah hilang dan tidak dapat dikesan.
Baca: Anda Kini Boleh ‘Tour’ Stadium JDT Naik Hummer Limosin Dengan RM 30 Sahaja!