Seperti yang kita sedia maklum, peminat Harimau Malaysia yang tular, Derrick Gan telah menarik perhatian ramai pihak setelah rakaman dirinya menangis kegembiraan ketika menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan di Piala Asia.
Malah, kisahnya jadi tular apabila dia sebenarnya menjual motosikal miliknya semata-mata untuk ke Qatar. Susulan itu, ramai pihak yang mahu menyumbang motosikal baru kepadanya.
Artikel berkaitan : Sanggup Jual Moto Untuk Tengok Malaysia Beraksi Di Piala Asia, Ini Kisah Abang Rambut Perang, Derrick Gan
Artikel berkaitan : Tular Kisah Abang Rambut Perang Menangis Dekat Stadium, Ada Pihak Nak Bagi Motor Baru Selasa Depan?
Kosmo! melaporkan bahawa Derrick Gan telah menerima sebiji motosikal baharu daripada pemain sayap negara, Faisal dalam satu majlis ringkas pada 2 hari lepas.
Disebabkan itu, ada netizen cuba mempertikaikan jika Derrick Gan ini adalah memang benar orang susah atau sebaliknya?
Komen yang dipetik daripada Facebook JDTFC telah menarik perhatian Derrick Gan sendiri dan membuatkan dirinya terpanggil untuk tampil memberikan respon.
“Ada saya cakap saya orang susah? Ada saya minta camera ambil gambar saya?
Ada saya minta motosikal?”
“Siapa sangka saya menjadi viral? Sesetengah orang terlalu mahu menjadi popular/viral dan gagal tetapi awak fikir kalau saya cuba, saya boleh jadi popular dengan semudah itu ke?”
“Katalah apa sahaja yang awak nak, tetapi jangan memandai-mandai cakap apa yang tak keluar daripada mulut saya, perkara yang tidak keluar dari mulut saya semua adalah konspirasi.”
“Tetapi saya sedar inilah akibat yang saya akan terima jika menjadi perhatian orang. Saya menerima apa sahaja yang dikatakan terhadap saya sama ada positif atau negatif.”
Dalam pada itu, Derrick juga menegaskan bahawa kredit tidak patut diberikan kepada dia sahaja, sepatutnya diberikan kepada semua yang hadir di stadium itu terutamanya kepada Ultras Malaya.
Sumber : Facebook Derrick Gan, Kosmo!