in

“Ada juga yang pakai cincin” – Doktor Gigi ‘Spill’ Mereka Boleh Tahu Jika Pesakit Pakai Susuk

Syaz Ft 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing seperti jarum ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan, biasanya untuk menjadikan wajah awet muda serta sentiasa kelihatan cantik.

Ia sangat terkenal dalam kalangan orang Asia namun pemakaian susuk ini sangat bercanggah dengan syariat Islam dan ia dikategorikan sebagai syirik.


Artikel berkaitan: “Dia nak tengok kita jatuh” – Fedtri Yahya Ingatkan Jangan ‘Share’ Kalau Terkena Sihir Sebab...

Artikel berkaitan: “Macam ulat” –  Doktor Jumpa Beratus-ratus Jarum Susuk Dalam Badan Wanita Berusia 55 Tahun Tapi...

Terbaru, seorang doktor gigi di laman X memberitahu mereka boleh tahu jika seseorang pesakit itu memakai susuk jika dilihat daripada sinar-x (x-ray).

“Saya sendiri pernah ada pengalaman di mana saya tidak boleh mencabut gigi seorang pesakit meskipun ianya sudah sangat goyang.

Pembantu Doktor Gigi Senior (DSA) tahu apa yang sedang berlaku dan dia meminta pesakit itu untuk membuka cincin serta membaca doa, lepas itu baru boleh cabut,” kongsinya.

Bercakap kepada Lobak Merah, doktor yang dikenali sebagai Doktor Tan itu berkata penggunaan susuk ini ada bahayanya.

Doktor itu bagaimanapun mengesahkan bahawa gambar itu bukan daripadanya tetapi dari laman carian Google, dia sendiri tidak pernah jumpa pesakit yang memakai susuk kerana dia bekerja di kawasan bandar.

Uish, seram weh tengok x-ray tu!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.