in

“Ada gigit tak? Who the f*ck are you”- Lelaki Maki Hamun Pengawal Keselamatan Lepas Ditegur Bawa Masuk Anjing Dalam Kondo

Lobak Merah
"Ada gigit tak? Who the f*ck are you"- Lelaki Maki Hamun Pengawal Keselamatan Lepas Ditegur Bawa Masuk Anjing Dalam Kondo
/

Baru-baru ni viral di media sosial satu video yang menunjukkan seorang lelaki sedang mengamuk dan memarahi pengawal keselamatan di sebuah kondominium yang dipercayai terletak di Sungai Besi.

Menerusi video berdurasi 2 minit 49 saat yang dikongsikan sorang pengguna facebook ini jelas memperlihatkan lelaki tersebut sedang memaki hamun pengawal keselamatan yang menegur tindakan lelaki itu bawa masuk anjing ke kawasan lobi.

Malah lelaki itu siap menengking-nengking meskipun ditegur dengan penuh hemah oleh pengawal keselamatan tersebut.

Lelaki ini telah membawa anjing ke kawasan lobi kondo kami di taman sungai besi yang memang dilarang bukan sahaja dalam house rules tetapi juga dalam undang-undang kerajaan tempatan. Bukan setakat tidak mematuhi undang2 tetapi perbuatan dia jelas tidak menjaga sensitiviti umat islam dan juga kepada org lain yg mempunyai alahan atau phobia terhadap haiwan yg turut sama menggunakan lobi tersebut.

Dan cara dia bercakap dgn pengawal yg cuba menghalang perbuatan dia adalah sangat biadap dan tidak bertamadun. Perbuatan dia bukan sahaja dikecam oleh penduduk Islam di kondo tersebut tetapi turut dikutuk oleh penduduk2 bukan Islam yang lain. Mohon viralkan perangai org mcm ni.

Sehingga pukul 2 petang, video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Eiz Hafeiz ini mendapat lebih 7,000 perkongsian dan 9,140 komen daripada netizen yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan lelaki berkenaan.

 

Mana satu anjing ni? Hahaha…

Sumber : Facebook

 

Rasanya dulu kat sekolah kita dah diajar mengenai adab. Tak kisahlah dengan siapa pun kita bercakap. Tak mak ayah tak ajar pasal adab jugak kan?

Baca : PUK*MAK kau anjing!- [VIDEO] Lelaki Keluar Parang Nak Kelar Pasangan Masa Gaduh Di Mall, Tapi Wanita Yang Dikecam Sebab..