Hari ini, abang kepada Syed Saddiq mengumumkan telah menyertai UMNO, agak mengejutkan orang ramai kerana adiknya yang merupakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), lapor Mstar Online.
Syed Abdullah Syed Abdul Rahman mengumumkan hal itu menerusi Instagram miliknya. Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah berdasarkan keputusan peribadinya selepas buat kajian habis-habisan.
Hari ini adalah hari bersejarah buat saya”
https://www.instagram.com/p/B9gMCnaH1jQ/
Tambahnya lagi memang bertekad ingin sertai UMNO kerana percaya generasi muda patut meneruskan legasi itu.
Syed Abdullah telah menyerahkan borang menjadi Ahli UMNO bahagian Ampang melalui Exco Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Shahrul Nasrun.
Disebabkan berita mengejutkan itu ada netizen yang cuba ingin melaga-lagakannya dengan Syed Saddiq memandangkan masing-masing menyertai parti politik yang bertentangan.
Malah mereka cuba nak jadi ‘batu api’ dengan menyifatkan pasti akan berlaku perang dingin antara mereka berdua.
Ini respon Syed Abdullah.
Pilihan politik saya tak akan beri kesan terhadap hubungan saya dengan keluarga – Syed Abdullah
Dalam pada itu, ada juga netizen yang menyokong dengan keputusannya dan memberikan sokongan moral kepadanya.
Apa pun keputusan masing-masing, tapi hubungan keluarga perlu lah dieratkan.