in

“Ada buffet durian, buah-buahan tempatan!” – Jom Ke Malaysia’s International Durian & Culture Fest!

Festival Durian Dkings

The Road to Malaysia’s International Durian & Culture Fest 2022 (MIDCF) merupakan satu festival gaya bufet yang mana durian dan buah-buahan tropika akan disajikan kepada pengunjung bagi memberi gambaran tentang budaya Malaysia.

Festival yang dilancarkan baru-baru ini merupakan anjuran D’king bersama Malaysian Inbound Chinese Association (MICA) dan disokong oleh Tourism Malaysia. Ia diadakan dalam usaha untuk mempromosikan budaya dan pelancongan Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa

Timbalan Pengarah Kanan Pelancongan Malaysia,Rosnah Mustafah berkata kepelbagaian juadah yang ada di Malaysia menjadi salah satu faktor tarikan kepada pelancong domestik mahupun antarabangsa untuk berbelanja.

Img 6

Dengan lebih 200 jenis dijual di Malaysia, durian telah mencapai kedudukan teratas dalam senarai buah yang popular di negara ini.

Festival yang dianjurkan oleh salah satu nama terbesar dalam industri buah durian ini merupakan langkah yang sejajar dengan kempen ‘Malaysia Truly Asia’ selain salah satu langkah yang tepat bagi mengangkat kepelbagaian dan keunikan budaya di negara ini.

Secara tak langsung, ini akan menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah destinasi pilihan para pelancong luar negara.

292093822 5066175603511662 3340761276857377350 N

Menurut Leron Yee selaku pengasas Dking berkata, kepelbagaian pilihan durian dan makanan yang ditawarkan di festival ini bakal membuka peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri keunikan dan kepelbagaian budaya yang terdapat di sini selain memainkan peranan penting dalam mempromosikan negara sebagai sebuah destinasi ideal yang mempunyai makanan, budaya serta pelbagai tarikan pelancongan yang unik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Dkings di sini.

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook