Kelakuan seorang TikToker dalam melakukan video mukbang sambil menayang ketiak gelap baru-baru ini telah mengundang kecaman daripada warganet.
Mereka menganggap tindakan lelaki tersebut sebagai satu perbuatan jijik dan ia sekaligus telah membuatkan lelaki yang dikenali sebagai Dr Aliff ini tampil membuat teguran secara terbuka buat lelaki tersebut.
Artikel Berkaitan : “Dalam dunia ni ramai penipu” – Lelaki Tempelak ‘Ustaz Jadian’ Yang Suka Raih Derma Orang Awam
Arikel Berkaitan : “Ramainya ustaz ustazah jadian” – Pakaikan Anak Baju Santa Claus, Fasha Sandha Bengang Dikecam Netizen
Dalam video tersebut Dr Aliff memberi penjelasan bahawa terdapat perbezaan antara buat lawak atau jadi bahan lawak dan dia tidak nafikan bahawa lelaki itu mahu menghiburkan netizen dengan gelagatnya di hadapan makanan.
Namun begitu, adab di hadapan makanan perlulah dijaga kerana makanan itu merupakan satu rezeki dan juga faktor kebersihan.
“Oklah awak kata badan saya bersih je, tapi cuma rupa je macam gini, tak boleh la macam tu tapi kalau dah rupa macam tu, boleh jadi aib. Malaysia ni dah la kuat cyberbully jadi kita jangan letakkan diri kita ni di posisi untuk dibuli oleh orang lain.”
Dalam pada itu, Dr Aliff juga mencadangkan lelaki tersebut agar gunakan cara lain seperti memakai kostum yang sekurang-kurangnya menampakkan dirinya comel, kebersihan terjaga dan perkara yang dianggap menjijikkan itu juga terlindung.
@alepza11 #stitch with @@meonsticker?? suka tengok tapi tu lah #dralphazaki #LearnOnTikTok
Dalam pada itu, Dr Aliff juga menasihatkan lelaki tersebut untuk membuat pemeriksaan kesihatan serta memperbaiki mutu kualiti kandungannya di TikTok.
Sumber : TikTok