Macam yang korang semua tahu, ‘ikon permotoran anak muda’ Haqiem Stopa baru-baru ini dikatakan telah disaman oleh pihak polis gara-gara tiada lesen memandu.
Ekoran ini, ramai yang telah mengecam personaliti TikTok ini dan sering menggunakan modal “tak ada lesen” untuk memerli lelaki ini.
https://www.instagram.com/p/Cf0-1dhvFtu/?hl=en
Malah baru-baru ini ketika membuat live di TikTok, Haqiem dilihat agak koyak apabila ruangan komennya dipenuhi dengan sindiran netizen yang mengungkit tentang isu dia tak ada lesen memandu.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh @ceoawan, dapat dilihat riak muka Haqiem berubah apabila melihat komen-komen dari netizen sehingga lelaki ini bertindak untuk memerli netizen dengan menanyakan sama ada mereka mempunyai kereta mewah sepertinya atau tidak.
Ada Audi tak?”
https://www.tiktok.com/@ceoawan/video/7124951267234860314?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1
“Dia koyak la tu…”
Menerusi ruangan komen, ramai netizen yang sedar Haqiem tak tahan menerima sindiran ramai sehinggakan dia perlu berbangga dengan kereta yang dimilikinya itu. Malah sampai ada yang cadangkan supaya dia jual keretanya untuk buat lesen.

Korang tak kesian ke tengok dia koyak?
Baca: Ikon Permotoran, Haqiem Stopa Kena Saman Polis Trafik Sebab Tak Ada Lesen?

