in

Achey Menangis Cerita Kisah Sayu Tidak Dikurniakan Cahaya Mata Selepas Tujuh Tahun Berkahwin

Pageache

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Achey Menangis Cerita Kisah Sayu Tidak Dikurniakan Cahaya Mata Selepas Tujuh Tahun Berkahwin
Loading
/

Semenjak memenangi tempat ketiga ketika menyertai program Maharaja Lawak Mega beberapa tahun yang lalu, nama Achey daripada kumpulan Bocey ini sering dikaitkan dengan kisah-kisah yang lucu sahaja. Berbeza daripada kebiasaannya, kali ini Achey berkongsi satu kisah sedih dan menyayat hati yang mampu membuat netizen sebak.

Menurut Media Hiburan, pemilik nama Mohd Nasir Hj Hamzah ini meluahkan rasa sayunya dalam sebuah program televisyen berjudul Di Balik Tawa yang disiarkan Astro Warna ketika bercerita tentang anak.


Ach1
sumber: media hiburan

Seperti yang diketahui umum, Achey mempunyai hubungan rapat dengan rakan-rakan artis terutamanya Hairul Azreen. Pelawak ini seringkali dilihat bergambar bersama Yusuf Iskandar sehinggakan dia dilihat seperti ahli keluarga bayi popular itu. Dalam program Di Balik Tawa tersebut, Achey memohon maaf sekiranya kelakuannya tidak disenangi oleh sesetengah pihak.

“Saya suka kanak-kanak, saya mohon, saya pinjam kasih sayang itu sekejap.” 

“Saya ingin meminta maaf dengan kawan-kawan terdekat atau saudara mara, kalau saya mendekati anak-anak mereka hingga mereka tidak senang, saya minta maaf kerana saya suka dengan kanak-kanak.”

F
sumber: instagram

Ramai mengetahui bahawa pelawak ini sudahpun berkahwin dengan isteri tercinta beberapa tahun yang lalu. Pun begitu, perkahwinan mereka masih belum dikurniakan cahaya walaupun telah berkahwin selama tujuh tahun lamanya.

“Saya kahwin dengan dia (isteri) dah tujuh tahun, tidak ditemukan cahaya mata. Dia tidak cakap apa-apa walaupun tujuh tahun kami dah bersama sampai ada yang kata kami mandul, dia tak kisah dan tak ambil kisah pun,” kata Achey penuh sebak.

Achey sedar bahawa masih ramai lagi pasangan yang belum dikurniakan anak dan senasib dengannya, malah ada yang menunggu lebih lama lagi bagi menanti kehadiran cahaya mata.

Ach2
sumber: instagram

“Saya tahu ramai lagi orang yang lama tidak dapat anak sehingga ada yang lebih belasan dan puluhan tahun tetapi saya benar-benar ingin kongsikan apa yang kami rasa,” cerita Achey lagi.

Mahu merasai pengalaman mengandung sembilan bulan seperti wanita-wanita lain, isteri Achey turut menyatakan bahawa kehadiran anak-anak rakan terdekat dan saudara adalah penguat untuk mereka berdua.

Sedih dengan perkongsian Achey. Marilah kita semua doakan semoga Achey dan isteri akan dikurniakan cahaya mata tidak lama lagi.

Tonton video di bawah:

Sumber: Youtube

Baca: “Demi anak syurga kami….” – Bapa Cekal Jaga 3 Anak Istimewa Selepas Kematian Isteri

Annwn

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.