in

“Abe rindu, dah dua minggu tak tengok muka Ayu”

Rinduayu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni kecoh peraih getah Che Abdul Karim Che Hamid menghantar isterinya Ayu untuk tinggal di dalam hutan sebab tak tahan kena hina. Lepas tu dia terkejut dengar berita pasal Ayu dah ‘lari’ ke Thailand tapi redha kalau ‘pemergian’ isterinya tu jalan terbaik untuk keselamatan diri budak 11 tahun tu.

Terkini, Harian Metro melaporkan Karim akui sangat rindu kat isteri ketiganya tu sebab dah berminggu-minggu tak bertentang mata. Perasaan rindu kepada Ayu khabarnya tambah mendalam bila tengok semua orang sibuk menyambut Hari Raya Aidiladha.


“Sudah hampir dua minggu saya tidak melihat wajahnya dan hanya gambar perkahwinan kami menjadi pengubat rindu saya kepada isteri ketiga saya itu.”

E4Ca
sumber: kosmo

“Walaupun saya dapat berbual dengannya melalui telefon minggu lalu tapi perasaan rindu terhadapnya tetap ada dan saya hanya berupaya menatap gambar perkahwinan kami yang ada dalam simpanan saya.”

Menurut Karim, Ayu memaklumkan yang dia sihat dan gembira di sana ketika dihubungi.

“Isteri saya meminta saya supaya tidak bimbang tentang keselamatan dia kerana ibu bapanya berada dekat dengannya walaupun dia sekarang di bawah jagaan kementerian sosial Thailand.”

“Dia juga memaklumkan kepada saya bahawa ibu bapanya akan membawa dia pulang ke kampung halaman mereka di Narathiwat.”

30Malaysia Child 2 Facebookjumbo V5
sumber: nytimes

Walaupun rindu sangat-sangat, Karim cakap yang dia tak bercadang nak berjumpa dengan isteri ketiganya dalam masa terdekat. Peraih getah ini juga meluahkan rasa dukacita kerana akibat perkahwinannya dengan Ayu, kerajaan menaikkan had umur perkahwinan.

“Dalam hal ini, saya rasa bersalah kerana semua orang terkesan disebabkan isu perkahwinan saya hingga mendorong kerajaan menaikkan had umur perkahwinan di negara ini kepada 18 tahun.”

Image 8
sumber: sinar harian

Thailand juga dikatakan mendorong Majlis Agama Islam Narathiwat (MAIN) untuk memperketatkan syarat berkahwin kepada pasangan dari Malaysia terutama mereka yang ingin berpoligami. Menurut sumber, arahan itu dikeluarkan kepada semua kadi bertauliah dalam satu perjumpaan di pejabat MAIN bulan lalu.

Tak tengok dua minggu pun dah rindu, macam mana nak tunggu sampai Ayu umur 16 tahun ni…

Baca: Ayu ‘Lari’ ke Thailand Tinggalkan Abe…

Qq 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.