in

Abang Mangsa Kemalangan Nafi Minta Sumbangan, Rayu Orang Ramai Beri Keterangan Pada Polis

Mangsa 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, apabila ada kes kematian yang berlaku pasti ada pihak yang tiada common sense mengambil kesempatan atas kesedihan orang lain. Kononnya waris mangsa meminta bantuan kewangan atas nama mangsa yang sudah meninggal dunia.

Baru-baru ini, kecoh mengenai kemalangan seorang pelajar SPM, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh seorang pegawai polis berhampiran sekolahnya.


Namun, menerusi IG Story yang dikongsi oleh abang kepada mangsa, Zarul Fitri, dia memberitahu kepada umum bahawa keluarganya tidak menyediakan sebarang saluran dana berhubung kejadian ini.

Mangsa 1

Tidak pernah meminta bantuan kewangan

Dalam IG Story itu, Zarul Fitri yang mewakili keluarganya memaklumkan kepada orang ramai bahawa mereka tidak pernah menyediakan sebarang saluran dana atas nama arwah Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

Saya Zarul Fitri, abang kepada Allahyarhan Muhammad Zaharif Affendi, mewakili keluarga kami ini memaklumkan kepada semua bahawa pihak kami tidak pernah meminta atau menyediakan sebarang saluran dana atau bantuan kewangan berhubung kejadian ini.

Zarul Fitri juga mengingatkan kepada umum supaya tidak mengambil kesempatan atas kejadian yang menimpa keluarganya. Dia turut memohon agar orang ramai berdoa dan berharap keadilan berpihak kepada arwah adik.

Artikel berkaitan: Bukan Kes Pertama, Pegawai Polis Langgar Pelajar Didakwa Pernah Pukul Wanita Hamil Di Kedai Pakaian?

Artikel berkaitan: Remaja 17 Tahun Calon SPM Meninggal Dunia Akibat Dilanggar Lari, Pegawai Kanan Polis Ditahan

Minta saksi tampil beri keterangan

Difahamkan, ada beberapa saksi melihat insiden yang berlaku kepada arwah adiknya. Oleh itu, Zarul Fitri dalam IG Story yang lain meminta bantuan kepada sesiapa yang ada di tempat kejadian untuk tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Ipoh.

Dia juga meminta sesiapa sahaja yang mempunyai bukti rakaman dashcam supaya berhubung dengannya melalui direct message (DM) di Instagram.

Mangsa 2

Min harap kes ni dapat diselesaikan dengan adil.

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.