Kalau kita tengah memandu atau menunggang motosikal, kena hon adalah perkara yang kita nak elakkan, lagi-lagi hon lori yang kuat tu.
Selain dari bunyi hon lori yang kuat sampai bingit telinga tu, lori pun ada hon berlagu. Alah korang mesti pernah dengar punya lah bunyi hon berlagu ni.
Cuma kali ni min bukan hanya nak share pasal hon berlagu dari lori sahaja, min nak share gelagat seorang pengguna jalan raya lain yang dengar hon berlagu ni.
Korang boleh tengok gelagat seorang rider makanan lepas dengar hon berlagu dari lori kat video @ecahdemok bawah ni.
@ecahdemok Abg senyum lanje hon ..tak yah tnggu tepi highway .. #honviraltelolet #ikuttrend #fyp
Seronok betul rider tu
Min ulang banyak kali sebab nak tengok rider makanan tu punya gelagat. Tak pasti lah pula dia memang layan hon berlagu tu atau melatah sampai jadi macam tu. Apa-apa pun min terhibur.
Kann.. terus goyang kepala. Atas moto pun boleh layan lagu. Memang sporting habis lah.
Mungkin sebab penat ke sana sini hantar makanan, itu je cara dia hilangkan stress kerja. Kebetulan ada hon berlagu pulak, memang waktu yang tepat untuk layan lah.
Sebab tu min tengok banyak kali. Terhibur min tengok gelagat rider tu. Tengok banyak kali pun tak bosan.
Hahaha yang in betul. Naik FYP bukan sebab hon berlagu dari abang lori, tapi sebab rider yang goyang kepala tu.
Baca: Laluan Sempit Punya Pasal, Pemandu Kenderaan Di Jalan Berbukit Ini Perlu Bertukar-tukar Lorong