Sebentar tadi, beregu badminton negara iaitu Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaya mencipta sejarah apabila kedua-duanya berjaya menggenggam emas selepas menewaskan pasangan beregu Indonesia iaitu Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam Kejohanan Badminton Dunia yang diadakan di Tokyo, Jepun itu.
Menurut Twitter Team Malaysia, pasangan beregu kebangsaan itu berjaya mencipta sejarah meraih kejuaraan pertama Malaysia di pentas kejuaraan dunia.
Final
Ahsan/Setiawan 🇮🇩
19-21, 14-21
Aaron Chia/Soh Wooi Yik 🇲🇾𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀𝐀! 🥇 Aaron & Wooi Yik telah berjaya mencipta sejarah meraih kejuaraan 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 🇲🇾 & mereka di pentas kejuaraan dunia! Paduuuu. 🔥#BWC2022 #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/YZLog7YhtX
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 28, 2022
Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menewaskan wakil Indonesia itu dengan mata 21-19 dan 21-14.
Rata-rata netizen di media sosial juga turut mengucapkan tahniah kepada pemain badminton kebangsaan itu dan menyifatkan kejayaan mereka berdua merupakan hadiah yang paling bermakna bersempena dengan bulan kemerdekaan ini.
Malaysia 🇲🇾 has its first #badminton world champions❗️ 🥇
Tahniah, Aaron Chia and Soh Wooi Yik❗️ 👏👏#BWFWorldChampionships #Tokyo2022
📸 @badmintonphoto pic.twitter.com/dNAybnz05T
— BWF (@bwfmedia) August 28, 2022
Kami dari team Lobak Merah juga mengucapkan tahniah kepada Aaron Chia and Soh Wooi Yik atas kemenangan ini!