Baru-baru ini, terdapat khabar angin bahawa atlet beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik didakwa meminta gaji sebanyak RM 2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menurut laporan New Straits Times, beberapa ‘pemain terkenal’ dilaporkan membuat permintaan (gaji RM 2 juta) tersebut kepada BAM namun tiada nama dinyatakan.
Artikel berkaitan: “Bangga dan gembiranya!” – Michelle Yeoh Ucap Tahniah Buat Lee Zii Jia, Aaron Chia & Soh Wooi Yik
Artikel berkaitan: Raih Pencapaian Membanggakan Di Olimpik Paris, Zii Jia & Aaron Chia-Wooi Yik Dapat Habuan Kereta!
Spekulasi itu tertumpu kepada tiga beregu teratas negara iaitu Aaron-Wooi Yik, Pearly Tan-M. Thinaah (beregu wanita) dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (beregu campuran).
Dalam sebuah temu bual Aaron dengan sekeras-kerasnya menafikan dia membuat tuntutan sedemikian selain menonjolkan komitmen mereka untuk kekal bersama kontijen kebangsaan melalui Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
“Itu khabar angin sahaja, khabar angin. Saya tidak tahu sumber spekulasi ini.
Sudah tentu ia bukan kami – kami telah pun menandatangani perjanjian kami. Saya tidak tahu siapa (mungkin telah membuat tuntutan sedemikian).” kata Aaron.
Khabar angin itu bagaimanapun tidak menjejaskan tumpuan Aaron dan Wooi Yik yang ingin memperbaiki prestasi mereka selepas Olimpik tahun ini dan menghabiskan tahun ini dengan jayanya.
Sumber: New Straits Times