in

“Siapa diorang ni?!”- Netizen Berang Kereta Potong Laluan Waktu Hujan Didakwa VVIP?

Fi Vip E1647739923530

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Belum habis isu banjir di kawasan pantai timur, kini Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan ujian hujan lebat dan ribut sehingga menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan.


Semalam, beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi dikhabarkan telah dinaiki air sehingga menjejaskan bukan sahaja kawasan perumahan, malah juga beberapa jalan raya.

Ia juga telah menyebabkan beberapa kenderaan ditenggelami air serta berlakunya kesesakan lalu lintas. Namun, terdapat juga individu yang telah mengambil kesempatan atas situasi yang berlaku untuk bersikap pentingkan diri.

Isu yang sudah berkali-kali timbul di media sosial berkenaan para pengguna jalan raya terpaksa memberi laluan kepada kereta yang didakwa milik ‘VVIP’ ketika lalu lintas sedang sesak, sekali lagi berlaku semalam.

Menurut perkongsian yang dimuat naik oleh seorang influencer melalui akaun Twitter peribadinya ini, dilihat beberapa buah kereta telah pun diiring oleh polis trafik di laluan tengah jalan bagi memotong lalu lintas.

Tindakan tersebut telah pun mengundang rasa tidak puas hati dan bengang para pengguna jalan raya yang lain kerana ia dianggap seperti tidak adil.

Komen Vip

Sebelum ini juga pernah timbul isu polis menahan ambulan semata-mata untuk memberi laluan kepada konvoi VIP. Min pun positif lah diorang nak bagi bantuan banjir. Husnudzon…

Baca: “Nyawa vvip lagi mahal” – [VIDEO] Polis Tahan Ambulans, Beri Laluan Kepada Konvoi VIP Undang Kecaman

Baca Vip

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.