in

9 Kawasan Terkesan Banjir Di Selangor & KL Tidak Perlu Bayar Bil Air Bulan Januari – Air Selangor

fi air

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Satu kenyataan telah dibuat oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melalui laman web rasmi Air Selangor semalam berkaitan dengan pengecualian bayaran bil air bagi bulan Januari 2022 kepada para pelanggan akaun Domestik (Kod Tarif 10) di Selangor yang terkesan akibat musibah banjir yang berlaku.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah pun membuat pengumuman menerusi sidang akhbar secara dalam talian mengenai isu ini. Justeru, melalui kenyataan oleh Air Selangor tersebut, pengecualian yang diumumkan itu dikatakan merupakan sebahagian daripada Program Bantuan Selangor Bangkit (BSB) di bawah pengelolaan Kerajaan Negeri Selangor.


Di samping itu, Air Selangor turut memanjangkan pengecualian bayaran bil air ini kepada para pelanggan akaun Domestik yang terkesan di sembilan kawasan ini:

  • Kampung Pasir
  • Kawasan Jalan Batu Bata dan Jalan Rahmat (berhampiran PWTC)
  • Kawasan Jalan Raja Chulan
  • Kawasan Kampung Chubadak, Sentul
  • Kawasan Kampung Delima
  • Kawasan Kampung Kassipillay
  • Kawasan Kampung Kolam Air, Sentul
  • Kawasan Lorong Jambu Laut, Jinjang
  • Kawasan Lorong Raja Mahadi, Kampung Bharu

Para pelanggan di kawasan-kawasan tersebut akan menerima pengecualian bayaran bil air bagi tempoh sebulan secara automatik di mana mereka tidak perlu mengisi atau menghantar apa-apa borang kepada Air Selangor.

Bil air bulanan akan terus dikeluarkan oleh Air Selangor sepanjang tempoh pengecualian bayaran ini. Namun, para pelanggan yang layak menerima pengecualian ini tidak perlu membuat sebarang bayaran bagi tempoh yang telah dinyatakan itu.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 1300 atau rujuk info di media sosial dan aplikasi Air Selangor bagi maklumat lanjut.

Baca: Mangsa Banjir Selangor Diberi Pengecualian Bayaran Bil Air Selama Sebulan

baca air 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.