Sedang kita semua masih sibuk beraya, jangan kita lupakan akan mereka yang kurang bernasib baik dan tidak mampu menyambut Hari Raya seperti orang lain.
Baru-baru ini sebuah keluarga telah diusir dari rumah sewa di Taman Perling, Johor pada Hari Raya keempat. Sedihnya!
Mohd Sani Bachok dan isteri Norazilah Mahat mempunyai 7 orang anak berusia dari 14 bulan hingga 10 tahun.
Mereka pernah diminta keluar dari rumah setelah tidak membayar sewa selama empat bulan, namun tuan rumah telah melanjutkan lagi tempoh dan memberi masa tambahan sebanyak 3 bulan lagi.
Namun, oleh kerana kesempitan wang kerana tidak bekerja sejak tahun lepas, Sani tidak dapat juga melangsaikan hutangnya itu dan terpaksa keluar dari rumah tersebut.
Mereka terpaksa berpindah ke beberapa stesen minyak, kawasan Rehat & Rawat (R&R) dan menginap di dalam kereta oleh kerana tiada tempat tinggal.
Walaupun Sani sebenarnya seorang OKU, dia tetap bekerja untuk mencari rezeki bagi menampung keluarganya dan baru-baru ini dia telah berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai seorang pekebun manakala isterinya pula bekerja sebagai seorang tukang cuci.
Tiga daripada anak-anaknya tidak dapat bersekolah sejak minggu lepas disebabkan situasi keluarganya yang hidup tidak menentu untuk mendapatkan sumber bagi menjalani rutin harian mereka.
Saya tidak mengharapkan simpati daripada orang ramai. Saya tidak mampu untuk membantu keluarga saya terutamanya anak-anak saya yang selalu meminta makanan. Kadang-kadang mereka tidak makan untuk berjam-jam.”
Namun, setelah kisahnya menjadi tular di Facebook, sebuah organisasi bernama We Love Charity (WLC) JB telah menghulurkan bantuan dan berjaya mencari rumah perlindungan sementara buat keluarga tersebut.
Bukan itu sahaja, pihak Majlis Agama Islam Johor juga telah memberi sumbangan keperluan asas seperti tilam, dapur gas, tikar getah dan kelengkapan asas untuk keluarga Sani Bachok di rumah sewa yang baru.
Lega dengar ada juga insan yang berhati mula yang ingin membantu mereka. Semoga segala urusan mereka dipermudahkan.
Baca : Anak Kecil Terpaksa Tinggal Bawah Tangki Air Kerana Ibu Bapa Tidak Berduit dan Menagih Dadah