Peningkatan kes Covid-19 akhir-akhir ini amat membimbangkan semua. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah kes keseluruhan Covid-19 di Malaysia sehingga semalam adalah, 133,559 kes dan 542 kematian dicatatkan secara keseluruhan.
Ketua pengarah kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah turut meluahkan rasa bimbang beliau menerusi tweet @KKMalaysia. Ini kerana kematian Covid-19 selama 9 hari untuk tahun 2021 telah mencatatkan angka yang tinggi, iaitu 71 kematian.
Jika dibandingkan dengan jumlah kematian selama 9 bulan pertama tahun 2020, kematian akibat wabak Covid-19 adalah kurang 100 kes. Dengan peningkatan kes saban hari, angka kematian turut meningkat dan perkara ini membimbangkan semua pihak.
Semoga Tuhan melindungi semua antara kita dari terkena pandemik Covid-19 ini.