in

7 Selebriti ‘Bertuah’ Yang Jadi Popular Sekelip Mata

Collage 30

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dekat dalam dunia ni, memang ramai orang yang berbakat malah boleh dikatakan bakat mereka mungkin lebih bagus dari selebriti-selebriti terkenal yang ada sekarang.

Tapi nak jadi popular ni bukannya mudah, ada yang perlu bermula dari bawah dan ada juga yang dah bertahun-tahun dalam industri pun, nama dorang susah nak naik dan jadi gah seperti orang-orang baru.


Jadi pada artikel kali ini, apa kata kita tengok siapa selebriti bertuah yang telah berjaya menjadi popular dalam sekelip mata. Sama ada dorang ni telah ditemui di pusat membeli-belah, secara tak sengaja buat video tular atau dapat peranan yang besar dalam lakonan pertama mereka. Jom!

1. Justin Bieber

Justinbieberin2020

Justin Bieber mula dikenali apabila ibunya telah memuat naik video-video nyanyiannya di YouTube dan mula mendapat pengikutnya yang tersendiri. Namun, satu video menunjukkan Justin Bieber nyanyi semula lagu Chris Brown With You, telah mendapat perhatian seorang pengurus pencarian bakat, Scooter Braun. Di usia 13 tahun, Justin telah mula menyanyi untuk Usher dan popularitinya naik secara mendadak. Dia telah menjadi kegilaan remaja dan mula menjadi terkenal dan popular sehingga ke hari ini.

2. Kim Kardashian

17056724279075

Kim Kardashian boleh dikatakan salah seorang individu yang paling popular di dunia. Namun sebelum dia menjadi popular, dia telah bekerja sebagai penyusun pakaian untuk Paris Hilton. Kim telah menjadi terkenal selepas satu video seks bersama bekas teman lelakinya Ray J, telah tular. Beberapa bulan kemudian, episod pertama rancangan realitinya Keeping Up With The Kardashians telah ditayangkan dan dari situ, Kim secara rasminya bergelar selebriti terkenal.

3. Leonardo DiCaprio

Leonardo Dicaprio Revolutionary Road Sam Mendes.jpg

Walaupun Leonardo DiCaprio telah muncul di televisyen sejak dia kecil lagi, tapi namanya sukar untuk naik. Tapi lakonannya sebagai Jack dalam filem Titanic telah menaikkan namanya secara mendadak sehingga dia kini telah menjadi pelakon dan ikon yang sangat dikenali di seluruh dunia.

4. Jonah Hill

Ap20347046425009

Semasa Jonah masih lagi budak-budak, dia telah berkawan dengan anak lelaki Dustin Hoffman, Jake. Jake sangat tertarik dengan bakat Jonah ketika membuat prank call sehingga dia menceritakan perkara ini kepada bapanya.

Jonah akhirnya telah diambil untuk berlakon dalam filem I Heart Huckabees disamping Dustin Hoffman, Mark Wahlberg dan Jude Law dan terus menjadi terkenal sejak dari itu.

5. Jennifer Lawrence

Jennifer Lawrence Katniss Everdeen The Hunger Games.jpg

Populariti Jennifer Lawrence telah meningkat secara mendadak selepas pelakon ini membintangi filem Hunger Games sebagai Katniss Everdeen. Walaupun sebelum filem ini dia pernah berlakon dalam beberapa filem indie, sebelum Hunger Games, ramai yang tak sedar dengan kewujudannya dalam industri.

6. Gerard Butler

Image.jpg

Gerard Butler tak pernah mengimpikan untuk menjadi pelakon. Dia hampir menjadi seorang peguam selepas belajar bidang perundangan selama lima tahun dan bekerja sebagai peguam pelatih selama dua tahun di sebuah syarikat sebelum dia dipecat.

Namun nasibnya berubah apabila dia telah ditegur di sebuah kedai kopi di London oleh pelakon Steven Berkoff yang telah memberikan watak untuk produksi teater. Sejak dari itu, dia telah diberikan watak-watak utama dalam pelbagai filem dan menjadi popular seperti yang kita kenali sekarang.

7. Lupita Nyong o

190329 Lupita Nyongo Mc 1300

Nama Lupita Nyong o telah menjadi sebutan selepas dia berjaya memenangi anugerah sebagai Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Akademi 2014 untuk lakonan pertamanya dalam filem 12 Years of Slave.

Sejak penampilan pertamanya di acara karpet merah, Lupita telah dijadikan sebagai ikon fesyen ekoran pemilihan pakaiannya di majlis-majlis anugerah dan seterusnya telah menghiasi muka hadapan majalan Vogue sebanyak dua kali dalam masa yang singkat.

Sumber: Stars Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.