in

7 Kisah Hitam Disebalik Filem Disney, Rupanya ‘Happy Ending’ Tak Wujud Pun!

Collage 20

Bila kita tengok filem Disney, kita dah tahu cerita dia mesti penuh dengan magik dan bahagia selama-lamanya. Sejak filem Snow White and The Seven Dwarfs dikeluarkan pada tahun 1937, semua kanak-kanak perempuan di seluruh dunia telah menjadikan puteri Disney sebagai role model mereka manakala kanak-kanak lelaki pula berbangga memakai baju tidur Cars atau Toy Story.

Tapi korang tahu tak yang filem-filem klasik Disney yang diakhiri dengan happy endings ini sebenarnya jauh panggang dari api dari kisah dongeng asal yang diceritakan. Beberapa adegan seperti penyeksaan, potong kaki, dan dirogol adalah antara yang dipotong oleh Disney ketika menulis semula cerita dongeng lama ini untuk ditayangkan di skrin.

Jadi pada artikel kali ini, jom kita tengok kisah dongeng asal disebalik 7 filem Disney ini yang pasti merosakkan memori kanak-kanak korang. Sorry!

1. Pinocchio

Pinocchio 768X583 1

Pinocchio dari Disney menceritakan mengenai kisah pengembaraannya bersama rakan dan penasihatnya, Jiminy Cricket dan bagaimana akhirnya dia dapat capai impian untuk menjadi manusia.

Pencipta asal Pinocchio, Carlo Collodi pula mempunyai imej yang lain untuk kisahnya. Collodi telah mencipta watak Pinocchio ini sebagai cerita siri di dalam surat khabar Itali dengan niat untuk memberi pengajaran kepada kanak-kanak tentang akibat yang akan diterima sekiranya dorang nakal.

Pinocchio yang dicipta oleh Collodi ini merupakan seorang yang kejam dan nakal manakala Jiminy Cricket yang dipanggil “Talking Cricket” dalam kisahnya ini sering memberikan nasihat yang baik kepada Pinocchio sebelum boneka kayu ini membunuhnya dengan penukul.

Pinocchio pula sering diseksa dengan pelbagai cara lain sepanjang kisahnya diceritakan, kesemua hukuman yang diterimanya adalah disebabkan oleh perangainya yang nakal. Sepatutnya, Collodi ingin mengakhiri kisahnya ini dengan kematian Pinocchio yang dihukum gantung.

Tapi disebabkan rayuan dari peminat-peminatnya, Collodi telah dipaksa untuk meneruskannya. Jadi, dia membuat keputusan bahawa nyawa Pinocchio akan diselamatkan dengan menggantikannya dengan hukuman yang lebih kejam.

2. Sleeping beauty

Sleeping Beauty 768X459 1

Sleeping Beauty dari Disney menceritakan mengenai kisah seorang puteri dalam kesusahan dan putera raja yang datang untuk menyelamatkannya.

Kisah dongeng asal dari kurun ke-17 dari Itali ini mempunyai cerita yang sama pada permulaannya di mana jari puteri bernama Talia ini telah tertusuk selumbar sebelum dia tidur mati. Namun kisah Talia selepas dia tidur ini terlalu mengerikan untuk dijadikan kisah kanak-kanak.

Lelaki yang cuba untuk menyelamatkan Talia yang sedang tidur nyenyak itu bukanlah seorang putera namun seorang raja. Raja ini tidak mencium Talia untuk membangunkannya namun dia telah “mengumpul buah-buah cintanya” iaitu cara yang baik untuk memberitahu bahawa puteri ini telah dirogol ketika sedang tidur.

Sembilan bulan kemudian, Talia telah melahirkan anak kembar dan salah seorang anaknya telah menghisap selumbar tersebut keluar dari jarinya dan sekaligus menyedarkan puteri ini. Talia dan raja ini kemudiannya jatuh cinta, namun ekoran raja ini telah berkahwin, permaisurinya telah mengarahkan agar anak kembar tersebut diculik, dimasak dan diberikan kepada suaminya itu untuk dijamah tanpa pengetahuannya.

Namun begitu, rancangan permaisuri ini tak berjaya.

3. Cinderella

Glass Slipper 768X533 1

Ketika cerita Cinderella II dikeluarkan oleh Disney pada tahun 2002, dapat dilihat bahawa kakak-kakak tiri Cinderella tidaklah sejahat seperti di dalam filem pertama. Salah seorang dari mereka, Anastasia, turut ditunjukkan mempunyai kekasihnya sendiri, hubungan yang digalakkan oleh Cinderella.

Namun nasib kakak-kakak tiri Cinderella yang dibuat oleh Brothers Grimm tidaklah seindah yang ditunjukkan. Dalam cerita dongeng asal, dua wanita ini telah memotong bahagian lain kaki mereka sebagai cubaan mereka untuk muatkan kaki ke dalam selipar kaca tersebut.

Beberapa burung merpati telah menyerbu masuk untuk tunjukkan kepada putera raja darah yang menitik dari kasut tersebut supaya dia tidak tertipu. Pada pengakhiran cerita, mata dua kakak tiri yang hadir di majlis perkahwinan Cinderella ini telah dipatuk keluar oleh burung merpati.

4. The Little Mermaid

Little Mermaid 768X523 1

Di dalam cerita dongeng versi Hans Christian Anderson, Ariel telah membuat perjanjian dengan ahli sihir laut untuk menjadi manusia bagi mengejar putera raja yang dia selamatkan dari kapal karam. Dia kemudiannya telah diberikan kaki selepas memberikan lidahnya sebagai pertukaran.

Bagaimanapun, sebahagian daripada perjanjian yang dibuat juga turut mengatakan yang setiap langkah yang dia ambil dengan kaki barunya itu akan terasa seperti berjalan di atas serpihan kaca. Sekiranya Ariel berjaya mendapatkan ciuman cinta sejati, dia boleh terus menjadi manusia namun sekiranya gagal, dia akan mati.

Malangnya, putera raja tersebut tak pernah melihat wajah Ariel ketika dia diselamatkan, jadi dia telah berkahwin dengan orang lain. Ahli sihir laut tersebut telah memberitahu Ariel bahawa dia boleh tukar semula menjadi duyung dan tak perlu mati, dengan syarat dia perlu membunuh putera raja yang dicintainya itu.

Ariel bagaimanapun tidak sanggup untuk berbuat demikian dan akhirnya dia telah terjun ke dalam lautan dan larut ke dalam air dan berubah menjadi buih laut.

5. Bambi

Bambi Mother 768X424 1

Novel Bambi, a Life in the Woods menceritakan tentang kehidupan seekor rusa di dalam hutan. Walaupun Disney telah menukar buku dewasa ini kepada cerita yang menyentuh hati, buku ini pula telah menyentuh tentang roda kehidupan, kelangsungan hidup, manusia vs alam semulajadi dan lain-lain.

Buku ini juga sangat ganas, ketika Bambi pertama kali berjalan di dalam hutan, dia telah menyaksikan seekor tikus terbunuh dan mendengar beberapa makhluk mengugut satu sama lain dengan kematian.

Kemudiannya, selepas seorang pemburu menembak Bambi dan seekor lagi rusa, The Great Prince telah mengajar Bambi untuk berjalan dalam bulatan dan merebakkan darahnya untuk mengelirukan pemburu tersebut. The Great Prince juga turut menunjukkan Bambi mayat pemburu di penghujung cerita membuktikan bahawa manusia tidak berkuasa.

6. The Hunchback of Notre Dame

Hunchback 768X469 1

The Huntchback of Notre Dame merupakan salah satu filem Disney yang agak dark. Seperti novelnya, filem ini mengisahkan tentang si bongkok bernama Quasimodo, yang membesar di Gereja Notre Dame dan dibesarkan oleh seorang paderi bernama Frollo.

Quasimodo dan Frollo kedua-duanya telah jatuh cinta dengan seorang wanita yang sama, Esmeralda. Di akhir filem tersebut, Quasimodo telah menolak Frollo dari atas bumbung gereja sekaligus membunuh watak jahat itu.

Filem ini jelasnya sangat berbeza dari filem-filem Disney, tapi cerita asal dari Victor Hugo mempunyai pengakhiran yang lagi teruk untuk watak-watak baik. Dalam cerita Hugo, Frollo telah menfitnah Esmeralda atas tuduhan cubaan membunuh sehingga wanita ini telah dihukum gantung sampai mati.

Quasimodo tetap menolak Frollo dari bumbung tapi kerana Frollo gelak apabila Esmeralda digantung. Quasimodo kemudiannya telah pergi ke kubur Esmeralda dan enggan meninggalkannya sehingga dia mati kebuluran di sana.

7. Snow White

Snow White 768X579 1

Di dalam kisah dongeng Brothers Grimm, Snow White masih mendapat kebahagian selama-lamanya. Selepas cubaan permaisuri untuk membunuh Snow White sebanyak dua kali gagal, dia telah membuat keputusan untuk cuba meracunnya dengan epal. Cubaannya itu berjaya sebelum putera raja tiba dan memberinya ciuman cinta sejati untuk menyelamatkannya.

Di akhir kisah ini, Snow White dan putera raja tersebut masih berkahwin tapi di hari pekahwinannya, permaisuri jahat tersebut telah dihukum. Dia perlu menari menggunakan kasut besi panas yang membakar kakinya sehingga dia mati.

Nasib baik Disney dah kurangkan sikit kengerian cerita asal, kalau tak dah ramai budak-budak trauma.

 

Baca: 5 Filem ‘Horror’ Popular Ini Rupanya Ambil Inspirasi Dari Kisah Sebenar, Seram Weh!

Collage 11