Korang tau tak ada cara yang menyeronokkan kalau nak bergaya tapi tak payah nak belanja banyak-banyak. Cara dia senang je, korang pergi serbu kedai-kedai bundle. Harga dah lah murah korang pun akan puas hati.
Barang dari bundle biasanya ialah barangan terpakai atau reject dari kedai berjenama yang diimport dari negara Eropah, US, Jepun dan Korea. So, jom selam 7 kedai bundle area Shah Alam weekend ni!
1. Bundle RM1 Shah Alam
Sekarang ni kat mana je yang boleh dapat pakaian RM1? Kalau nak jimat tahap teruk, memang boleh selam kat sini weh! Kalau tengok Facebook dorang, dia kata lagi banyak korang beli, lagi banyak korang dapat sebab dengan RM20 korang boleh dapat 25 helai pakaian! What??!! Dorang pun baru je lagi restock barang, so siapa cari blazer, coat, t-shirt, jeans, segala mak nenek, korang boleh selam kat sini.
Alamat: Bundle RM1 Shah Alam @ Sebelah Masjid As-Solihin, Padang Jawa
Waktu Operasi: 2 petang – 2 malam
Waktu operasi: Setiap hari, beroperasi 24 jam
Lokasi: Jalan Penyelenggara U1/73, Hicom-Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 12 pagi
4. Buntil Bundle
Buntil Bundle pun ada kelainan yang tersendiri sebab admin tengok barang dia pun rasa gatal tangan nak beli. Korang tak caya, korang pi tengok dorang update kat Instagram. Walawei! T-shirt, baju flannel, jeans, kasut, topi, beg, semua ada dan semuanya macam ala-ala vintage sikit barang yang jual kat sini. Kalau korang plan nak bercuti kat negara sejuk pun boleh datang sini untuk beli baju sejuk.
Lokasi: 16, Jalan Opera C U2/C, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Waktu operasi: Setiap hari, 2 petang – 12 pagi
5. Heaven Bundle
Kedai Heaven Bundle ni pun antara kedai bundle yang tersusun ada dekat Shah Alam. Bila korang tengah selam kat dalam tu, kadang terlupa yang korang kat kedai bundle. Dengan barang-barang yang berjenama dan helok sangat, patutlah ramai yang pergi serbu kedai ni. Pakaian, kasut, jam, beg, semua ada lah. Memang puas hati kalau datang sini!
Lokasi: 88, Jalan Badminton 13/29, Tadisma Business Park, Shah Alam
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 pagi – 11 malam
6. Z Bundle
Memang syok nak menyelam kat Z Bundle ni. Seronok tengok jeans yang dorang jual. Macam-macam pilihan ada. Bestnya dorang siap sediakan perkhidmatan nak alter jeans yang korang nak tu. So, senanglah kan terus buat kat situ. And then, kalau yang lelaki nak cari belt, boleh datang sini je. Macam-macam pilihan ada untuk korang pilih. Of course barang-barang lain pun ada jugak!
Lokasi: 46, Jalan Dinar F U3/F, Taman Subang Perdana, Shah Alam
Waktu operasi: Setiap hari kecuali Ahad, 10 pagi – 10.30 malam
7. Bandoru Store
Bandoru Store dah dapat banyak review yang bagus sebab jual barangan terpakai dan original yang dibawa terus dari Jepun! Harga barang dia pun murah, so, lagi menggilalah siapa yang datang sini. Servis di kedai ni pun dapat pujian tau dan pakaian yang ada kat sini dikatakan rare dan vintage. Dorang pun ada jual secara online kalau korang tak dapat pergi.
Lokasi: Selangor Pt7, Federal Highway, Batu 3, Shah Alam
Waktu operasi: Setiap hari, 10 pagi – 10 Malam
Banyak sebenarnya kedai bundle yang ada dekat area Shah Alam korang boleh selam. Seronok dapat tengok macam-macam barang branded yang masih elok-elok dijual dengan harga yang murah. Memang jimat weh beli dekat sini. For sure korang tak menyesal.
Jangan lupa sediakan duit cash!
Baca: 7 Kedai Jual Barangan Bayi Dengan Harga Murah di Instagram Untuk Si Comel Anda!