in

60 Tahun Hidup Susah, Pemandu Lori Ini Baru Tahu Rupanya Dia Anak Orang Kaya

Untitled design 90

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bayangkan hidup susah selama enam dekad sampaikan perlu buat part-time demi menampung perbelanjaan ke sekolah. Namun, segalanya berubah apabila lelaki ini mendapati dirinya sebenarnya pewaris kepada sebuah keluarga kaya.

Ini kisah sebenar luar biasa yang berlaku kepada seorang pemandu lori dari Jepun yang hanya tahu tentang identiti sebenarnya di usia 60 tahun. Nak tahu apa yang berlaku, baca kisah penuhnya dekat bawah ni.


Tertukar sejak bayi di Hospital Tokyo 

Untitled design 85

Kisah ini bermula pada tahun 1953 di Hospital San-ikukai, Tokyo, Jepun. Dua bayi lelaki yang dilahirkan hanya dengan beza 13 minit sahaja, telah tertukar secara tidak sengaja oleh pihak hospital.

Perkara ini menjadikan seorang dibesarkan dalam kemewahan, manakala seorang lagi hidup dalam kesusahan. Lelaki yang dibesarkan dalam ‘keluarga angkat’ miskin itu akhirnya menjadi seorang pemandu lori. Terdahulu, dia juga dibesarkan dalam rumah tanpa peralatan elektrik dan terpaksa bekerja sambilan demi menamatkan sekolah menengahnya.

Artikel Berkaitan: Individu Kongsi Hidup Susah Lepas Mak Ayah Meninggal Dunia, Harta ‘Dicuri’ Pakcik & Makcik – Lobak Merah

Artikel Berkaitan: Terkejut Jumpa ‘Pelanduk Dua Serupa’, Ini Rupanya Kisah Penuh Kembar Tertukar Di Hospital 20 Tahun Lepas! – Lobak Merah

Adik-beradik kandung mula rasa pelik 

Untitled design 86

Setelah 60 tahun kemudian, adik-beradik kandung kepada bayi yang tersilap dibesarkan itu mula perasan dan mempersoalkan bahawa ‘abang’ mereka tidak mempunyai wajah serta ciri fizikal yang seiras dengan mereka.

Lebih mencurigakan lagi adalah apabila mereka teringat pesanan arwah ibu mereka bahawa pakaian ‘abangnya’ sewaktu bayi dulu pernah bertukar selepas seorang jururawat memandikannya di hospital.

Selepas kematian ibu mereka, ‘abang’ mereka itu dikatakan menahan harta pusaka bapanya dengan alasan mahu menjaga bapanya, padahal dia menghantar bapanya ke rumah orang tua dan kemudian mengawal segala aset keluarganya.

Tindakan ‘abangnya’ itu membuatkan adik-beradik lain membenci lelaki itu sehinggakan curiga tentang asal usulnya.

Membuat ujian DNA

Untitled design 87

Pada tahun 2009, adik-beradik kandung ini telah mengumpul puntung rokok milik ‘abangnya’ untuk dijadikan sampel DNA untuk diperiksa.

Dan keputusan tersebut itu mengejutkan semua apabila ia menyatakan bahawa lelaki itu bukanlah abang kandung mereka.

Selepas menyemak rekod hospital, keluarga tersebut berjaya menjejaki bayi sebenar yang sepatutnya dibesarkan oleh mereka. Lelaki itu, yang dipercayai telah kelihangan ‘bapa angkatnya’ pada usia 2 tahun, tidak pernah menyangka bahawa dia sebenarnya berasal daripada keluarga kaya.

Buat keputusan untuk saman hospital 

Untitled design 88

Keluarga tersebut kemudian bertindak untuk menyaman Hospital San-ikukai atas kecuaian menukar bayi selepas kelahiran. Pada tahun 2013, mahkamah di Tokyo pun memutuskan bahawa hospital tersebut perlu membayar pampasan sebanyak 38 juta yen iaitu bersamaan dengan RM1.2 juta kepada lelaki tersebut.

Hakim Masatoshi Miyasaka menyatakan bahawa keputusan itu wajar kerana lelaki tersebut telah dipisahkan daripada ibu bapanya sejak kecil dan takkan berpeluang lagi untuk berjumpa dengan mereka. Lelaki itu juga sepatutnya dibesarkan dalam persekitaran yang jauh lebih selesa dan stabil, memandangkan dia sebenarnya pewaris kepada keluarga kaya.

Walaupun kes ini berlaku lebih sedekad lalu, namun kes ini kembali tular di media sosial selepas terdapat beberapa kes yang sama di China. Antaranya adalah kes penculikan bayi yang akhirnya berjaya ditemukan selepas 25 tahun. Dengan bantuan teknologi artificial intelligence (AI), lelaki China ini akhirnya dikembalikan kepada keluarga kandungnya yang juga merupakan keluarga kaya.

Sumber: SCMP

Sumber: AlexD75
Sumber: Kameleon007

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.