in

6 Student Didenda RM1,000 Sebab Tak Scan MySejahtera Di Kedai Makan

Polis2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Adalah satu peraturan wajib untuk setiap individu check in apabila sampai ke sebuah premis sepanjang musim pandemik ini. Tidak kira secara manual dengan menulis nama mahupun melakukan imbasan kod menerusi aplikasi MySejahtera.


Satu pengajaran buat sekumpulan 8 orang mahasiswa ini apabila 6 orang daripadanya dikenakan denda sebanyak RM1,000 kerana tidak melakukan imbasan kod My Sejahtera ketika berada di kedai makan. Hanya 2 daripada mereka yang melakukannya.

Polis

Lapor Sin Chew Daily menerusi WORLD OF BUZZ, polis juga mendapati bahawa pengurus restoran itu pula baru pulang dari percutian untuk menguruskan urusan perniagaan.

Oleh kerana pengurus itu sendiri tidak mengimbas MySejahtera, dia juga dikenakan denda kerana tidak memberlakukan SOP atau melatih kakitangannya untuk mengambil suhu pelanggan dan daftar masuk.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Asst Comm, Beh En Lai, Melaka mengatakan bahawa, sebanyak 747 denda telah dikeluarkan kepada kerana melanggar SOP sejak awal bulan hingga 20 Oktober 2020

50% daripada mereka tidak memakai pelitup muka. 30% daripada mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial.”

Manakala, 20% yang lain terdiri daripada individu yang tidak mengimbas MySejahtera atau kakitangan yang tidak melaksanakan SOP.

 

Baca : “Ingat artis kebal undang-undang ke?” – Gara-gara Memancing, Aiman Tino Didenda RM1,000

Aimantido

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.