in

6 Sekeluarga Berdepan Detik Cemas, Rumah Ketua Kampung Ditembak Lelaki Bertopeng

rumah ketua kampung ditembak

Tular sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan seorang lelaki bertopeng melepaskan beberapa tembakan di hadapan sebuah rumah di Kuala Gula, Perak.

Menurut laporan Kosmo!, kejadian berlaku sekitar jam 2.50 pagi Selasa (4 Julai) disedari oleh pemilik rumah yang tinggal bersama isteri dan empat anaknya sebelum melaporkan kepada polis.

Mangsa seorang wanita pada mulanya menyangka bunyi tembakan tersebut adalah mercun sebelum ke tingkap bilik tidurnya untuk melihat apa yang berlaku.

358396325 1219186666149009 2710157752163983625 n

“Saya nampak seorang lelaki yang memakai topeng muka di luar hadapan pintu pagar sambil memegang sepucuk pistol dan melepaskannya secara rambang ke arah rumah,” katanya.

Dia kemudian bergegas mengejutkan suaminya yang sedang tidur bagi memaklumkan tentang kejadian berkenaan.

Kesemua ahli keluarga mangsa yang berada di dalam rumah tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu.

Baru dilantik sebagai ketua kampung

Difahamkan, suaminya seorang penternak kerang di Kuala Gula dan baru sahaja dilantik sebagai ketua kampung di situ.

“Kami sekeluarga tidak pernah bermusuh dengan sesiapa dan tidak pernah terlibat dalam sebarang bentuk pinjaman dengan ah long,” ujarnya.

Menurut wanita itu, dia mengesyaki ada pihak yang tidak berpuas hati sehingga sanggup melakukan perkara tersebut.

358124012 1219186726149003 3042162295823912539 n

Menurut kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan tembakan pada kereta, motosikal serta pintu cermin rumah pemilik berusia 56 tahun itu.

Polis memaklumkan kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Baca: Tular Video Potong Kenderaan Secara Berbahaya, MP Perjelas Sebab Takut Daging Korban Rosak
ft MP Pas

Sumber: TikTok