• Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi

Lobak Merah

  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
Search
Follow us
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube
Menu

Lobak Merah

Search
in Hiburan

6 Sebab Siti Aafiyah Jadi Bayi Selebriti No 1 Yang Terkenal Macam Ibunya!

by Syaida Ismail March 26, 2018, 12:58 pm

ShareTweet
SITI 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan nak puji lebih-lebih tapi sejak daripada hari pertama baby comel ni dilahirkan, dia dah dapat perhatian ramai tau! Media, peminat, pemimpin politik dan orang yang dulu tak minat Tokti pun dah mula terjatuh hati dengan baby nama Siti Aafiyah ni. Simple kan Tokti dan Datuk K bagi nama kat anak dorang? Tak ada berbelit lidah pun nak sebut.

Sebab ramai sangat yang excited dengan baby sulung Tokti ni, berikut Lobak Merah senaraikan enam sebab kenapa Siti Aafiyah jadi baby selebriti number one macam ibu dia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tang ting tang ting! 


 

1. Bayi yang dinanti-nanti lepas 11 tahun

Rasanya satu Malaysia tahu tentang usia perkahwinan Dato’ Siti dan Datuk K kan? Sejak tahun 2006 dulu. Walaupun dah 11 tahun, sampai sekarang admin ingat lagi majlis perkahwinan Tokti ni yang live telecast kat TV. Cantik sangat tau Tokti dengan dress pinkish dia tu. Tapi yang buat ramai simpati dengan Tokti ni bila dah dekat 11 tahun berkahwin, Tokti masih belum ada rezeki nak dapat baby lagi. 🙁

Bukan Tokti tak cuba, dah macam-macam cara dia buat sampai satu masa dulu Tokti keguguran. So bila Siti Aafiyah muncul dalam hidup Tokti, dia ni bagaikan satu anugerah yang paling terindah buat semua orang. Bukan Tokti je tau! Sebab fans-fans Tokti jugak dah tunggu lama untuk tengok the junior version of our ‘Malaysian Sweetheart’ ni!

aafiyah 1
Sumber: Instagram
29572402 10211063751980711 3857741312301760571 n
Sumber: Facebook

 

2. Baru lahir tak sampai sehari gambar dah viral

Sapa yang tak geram kan? Tokti dengan husband dah cakap awal-awal dah yang dorang nak tayang gambar anak dorang masa hari ketujuh lepas dilahirkan. Tapi biasalah kan netizen yang tak faham bahasa ni pegi viralkan jugak gambar anak Tokti tak sampai 24 jam lepas dia lahir ke dunia ni. Femes tak femes Siti Aafiyah ni? Tak sabar-sabar semua pakat nak tengok muka dia.

Phew! Tapi nasib baiklah Datuk K tak marah dengan orang yang sebarkan gambar anak dia tu. Dorang pun faham, Siti Nurhaliza ni milik satu Malaysia kan. Jadi apa-apa berkaitan dia mesti ada fans nak share dekat ramai orang. Tak mudah tau nak jadi anak penyanyi nombor satu Malaysia ni. Privacy kena invade sejak hari pertama dilahirkan!

WhatsApp Image 2018 03 19 at 11.04.52 PM
Sumber: Utusan Online

 

3. Maksud nama yang sangat baik

Kalau ada yang tengok sesi live majlis tahnik Siti Aafiyah semalam, Tokti ada jelaskan kenapa dia pilih nama Aafiyah untuk anak dia. Aafiyah ni bukan sembarangan nama tau. Ada maksud yang sangat indah disebalik nama simple ni. Ini apa yang Tokti kongsikan kat Instagram dia tentang nama Aafiyah:

https://www.instagram.com/p/BgwOHE9BB1t/?taken-by=ctdk

Aafiyah ni bermaksud menyelamatkan daripada sebarang kesusahan yang menimpa, menjadi sihat dan mempunyai wang yang cukup. Bagus maksud nama dia kan? Harap jadi anak solehah sebaik nama yang diberi ibu dengan ayah dia ni. 

aafiyah 2
Sumber: Instagram

 

4. Baru lahir je dah ada 60 akaun Instagram palsu

Ni yang kami paling terkejut. Weh nama dia baru je orang dapat tahu semalam. Tup-tup pagi ni dah dekat 60 lebih akaun fake orang buat atas nama Aafiyah. Korang ni memang serius takde kerja eh? Itu belum lagi yang saje-saje guna nama Siti Aafiyah ni untuk hashtag lariskan bisnes. Aduh, bila tekan hashtag tu penuh gambar produk la, baju apa bendalah. Haish sian Siti Aafiyah kan?

fake 1 tile
Sumber: Instagram

Buat masa ni memang tak ada lagi kenyataan rasmi daripada Tokti atau Datuk K yang Siti Aafiyah ni ada Instagram peribadi macam anak-anak artis lain. Lara Alana, Syeriv Samheizy dengan Yusuf Iskandar semua ada Instagram sendiri. Followers pun ramai kan? Cer bayangkan kalau Aafiyah ada Instagram jugak. Kalah kot semua anak artis lain. Hik hik hik! 

 

5. Siti buat live sekitar majlis tahnik anaknya di Youtube

Yang ni maybe tak ramai artis yang buat dan kebanyakan dah pre-recorded majlis tahnik anak dorang lepas tu tayang kat TV dalam slot rancangan khas. Tapi disebabkan Tokti ada fans yang ramai, pihak pengurusan artis ni putuskan untuk buat lah sesi live streaming kat Youtube guna channel Siti Official Video. Korang boleh tengok live streaming kat sini.

Setakat ni, video ni dah trending #7 kat Malaysia dan views pun dekat 350,000. Ramai yang tengok video ni luah rasa terharu tengok Tokti dengan baby dia. Dorang pada masa yang sama, kagum dengan Tokti yang nampak cerdas walaupun baru seminggu lahirkan baby. Macam tak penat-penat je Tokti ni kan?

aafiyah 4
Sumber: Instagram
aafiyah 3
Sumber: Instagram

 

6. Siti Aafiyah dah ada haters? 

Adatlah kan orang terkenal ni. Kalau ada fans, mesti ada haters. Kalau korang rasa seronok sangat tengok gambar Aafiyah lalu kat timeline korang sama ada kat Instagram atau Facebook, ada jugak orang jenis membuak-buak benci kalau nampak gambar Siti Aafiyah ni. Katanya dah muak, asyik-asyik muka budak ni je. Tak ada muka baby lain ke? Femes sangat ke Aafiyah ni sampai semua orang kena bagi perhatian kat dia? Eh kenapa dengki sangat niii…

HATERS AAFIYAH
Sumber: Facebook

Well, sorry bro! Memang Siti Aafiyah ni baby nombor satu yang tengah trending kat media sosial. Sama ada korang suka atau tak suka, kenalah hadap kat timeline muka Aafiyah naik setiap hari. Lagipun daripada kita membawang dan marah tak tentu pasal dekat si comel pipi merah yang tak tahu pape ni, lebih baik kita doakan yang baik-baik untuk dia atau lebih senang hide je post pasal baby nombor satu negara ni. Senang kan? 

aafiyah 5
Sumber: Instagram

Kitorang daripada LM nak ucapkan tahniah kat Tokti dan suami atas kelahiran Siti Aafiyah yang comel lote ni. Semoga Aafiyah jadi anak yang solehah dan disayangi semua! Muah! 

Baca: Bayi Yang Dinanti-nantikan Ramai Orang! Ini 7 Perkara Tentang Baby Tokti Yang Korang Kena Tahu 

siti nurhaliza

ShareTweet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Terkini

  • penceramah bebas ditahan didakwa sebar video

    Ditahan Polis Lepas Didakwa Sebar Video Intim, Tauliah Penceramah Bebas Ini Telah Lama Ditarik

  • feri

    Mungkin Terperangkap Dalam Feri Karam, 29 Mangsa Kemalangan Feri Di Bali Masih Belum Ditemukan

  • nurly sahirah pelajar UPSI

    Keluarga Nurly Sahirah Terima Tetamu Pada Waktu Yang Ditetapkan Sahaja, Dari Jam 9 Pagi Hingga 6 Petang

  • 8mayat

    Ditemui Terdampar Di Pantai, Warga Emas Meninggal Dunia Di Pulau Tioman

  • 7jdt

    Penyerang Harimau Malaya, Figueiredo Bakal Sarung Jersi JDT

Video Terbaru

  • hakim 2

    Sabah Dah Lain Sekarang

  • Thumbs Kayuh 1

    Kayuhan Solo Ke Makkah | Potpetcast ft ‪@fikrialqaswa‬

  • thumbs sabah lyana

    Bukan Kroni, Tapi Kualiti!

  • THUMBNAILLLLLLLLLLL

    Ini Iklan Raya Tau! | React Iklan Raya

  • THUMBNAIL

    Beruang Main Piano?! | Pemberita Berkepala Tiga ft Latifah Huang.

Siaran Akhbar

  • ft apad mangsa upsi

    APAD Bantu Mangsa & Waris Pelajar UPSI Terlibat Nahas Gerik

  • LCS 2

    Tengku Permaisuri Selangor Sempurnakan Pelancaran LCS Kedua TLDM ‘Raja Muda Nala’

  • ft kisah cikgu

    “Bukan sekadar pendidik” – Guru, Harapan Masa Depan Anak Kita

IKUTI KAMI

  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube

Video Terbaru

  • hakim 2

    Sabah Dah Lain Sekarang

  • Thumbs Kayuh 1

    Kayuhan Solo Ke Makkah | Potpetcast ft ‪@fikrialqaswa‬

Terkini

  • 4CE1E5DA 68A7 4F7E 9235 513A4911177B

    “Ini adalah yang terakhir” – Tempoh Tahanan Eda Ezrin, Suami & 4 Rakan Dilanjutkan Sehingga 6 Ogos Depan

  • Umie Aida

    “Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke NZ tapi….” – Gara-gara Sebiji Buah Epal, Umie Aida Didenda Lebih RM1K di New Zealand

  • ft p diddy

    P Diddy Bebas Daripada 3 Pertuduhan S*ks & Konspirasi Jenayah Terancang

  • ft AC Mizal

    Dato’ AC Tampil Bagi Penjelasan Mudah Kenapa Tiada Masalah Persembahkan Lagu Tanpa Perlu Keizinan Komposer Lain

Sebahagian daripada network INFLUASIA. Copyright © 2025 Lobak Merah.

  • Hantar Artikel
  • Pengiklanan
  • Hubungi
  • Syarat Perkhidmatan
  • Privacy Policy
Back to Top
Close
  • Semasa
  • Berita Sosial
  • Gaya Hidup
  • Hiburan
  • Video
  • Pengiklanan
  • Hantar Artikel
  • Hubungi
  • Facebook
  • twitter
  • Instagram
  • youtube