in

6 Saintis Wanita Ini Berjaya Cipta Sejarah Tapi Tak Dapat Apa-apa Penghargaan

Collage 26

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Walaupun banyak menyumbang kepada dunia, ramai saintis wanita tak dapat menerima penghargaan yang sepatutnya menjadi hak milik mereka.

Macam yang korang boleh tengok dalam senarai dekat bawah ni, banyak pencapaian dari saintis wanita telah dikaburkan, antaranya disebabkan oleh lelaki telah mengambil kredit untuk diri mereka sendiri dan ada juga kerana sikap sosial yang menganggap pencapaian wanita tidak sehebat lelaki.


1. Saintis wanita: Jocelyn Bell Burnell

Picture1.Png

Ahli astrofizik Irish ini mula mendalami bidang astronomi selepas bapanya, seorang arkitek, mereka satu planetarium di Ireland Utara. Beberapa tahun kemudian, pada 1969, Jocelyn telah menerima PhD di Cambridge. Di sana, beliau telah membantu untuk membina teleskop yang membolehkannya untuk menemui pulsar radio iaitu sisa-sisa bintang besar.

Pulsar ini membuktikan bahawa bintang besar tidak hanya meletup tapi meninggalkan serpihan bintang yang berputar. Jocelyn merupakan orang pertama yang dapat melihat dan menganalisis kejadian ini.

Nama Jocelyn dan rakan-rakannya telah diletakkan di dalam penerbitan akademik yang memberitahu tentang penemuan tersebut. Tapi hanya penyelianya, Antony Hewish bersama rakan kerjanya Martin Ryle yang menerima Anugerah Nobel pada tahun 1974.

Ekoran ini, ramai yang tak puas hati dan merasakan anugerah tersebut telah dirampas. Ini respon Jocelyn terhadap perkara ini pada 1977:

“Ada beberapa benda yang saya nak ulas mengenai perkara ini: Pertama, pertikaian di antara penyelia dan pelajar selalunya sukar untuk diselesaikan. Keduanya, penyelia bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalan sesuatu projek. Kita ada dengar beberapa kes penyelia menyalahkan pelajar atas kegagalan mereka, tapi kita tahu sebahagian besarnya adalah salah penyelia.

“Saya rasa ianya adil untuk dia turut mendapat manfaat dari kejayaan itu. Ketiga, saya percaya bahawa Anugerah Nobel akan direndahkan jika ia diberikan kepada pelajar penyelidikan kecuali untuk kes yang benar-benar terkecuali dan saya tak percaya kes saya masuk dalam kategori tersebut. Akhir sekali, saya tak kecewa dengan perkara ini.”

2. Saintis wanita: Ada Lovelace

Ra1146.Jpg

Anne Isabella Byron takut anak perempuannya, Ada akan mengikut jejak langkah bapanya yang merupakan seorang ahli sastera terhebat, Lord Byron dan telah tekankan anaknya itu untuk mengabdikan hidupnya dalam dunia matematik.

Ekoran ini, Ada Lovelace telah menjadi orang pertama yang menulis tentang pengaturcaraan komputer dan turut membangunkan versi awal komputer pada awal abad ke-19. Ada turut menerangkan bagaimana mesin dan pengaturcaraan ini boleh menyelesaikan masalah matematik dan bagaimana mesin ini boleh mencipta muzik dan memahami perkataan.

Sumbangan Ada ini sangat mendalam dan memberi inspirasi lebih daripada orang lain pada era tersebut. Beliau berjaya melihat masa depan di mana mesin menjadi peneman imaginasi manusia.” – Walter Issacson

Namun begitu, namanya tidak mendapat perhatian dan jarang disebut bila bercakap tentang sejarah pengkomputeran.

3. Saintis wanita: Rosalind Franklin

Rosalind Franklin

Rosalind merupakan orang pertama yang telah mengambil gambar struktur DNA yang dikenali hari ini sebagai double-helix. Saintis British ini telah membuat perkara ini melalui proses yang dipanggil belauan X-ray.

Namun begitu, gambar Rosalind ini telah diambil tanpa izinnya dan ditunjukkan kepada saintis Francis Crick dan James Watson dan kemudiannya diterbitkan dalam edisi Nature 1953 dengan hanya nota kaki diberikan kepada Rosalind.

Sehingga ke hari ini, ramai yang masih mempersoalkan tentang kepentingan gambar Franklin dan jika ia benar-benar dicuri darinya. Macam mana pun, Rosalind tak melihat Watson dan Crick menerima Anurgerah Nobel mereka kerana beliau meninggal dunia akibat kanser pada 1958.

4. Saintis wanita: Lisa Meitner

File 20190205 86205 Ff9763.Jpg

Saintis dari Austria ini bukan sahaja telah bekerja dengan ahli kimia Otto Hahn selama 30 tahun untuk menemui pembelahan nuklear yang merupakan langkah pertama dalam penciptaan bom atom. Beliau buat perkara ini ketika lari dari Nazi bila parti tersebut mula mendapat kekuasaan mereka di Jerman.

Lisa Meitner telah meninggalkan rumahnya di Sweden di mana dia meneruskan kerjanya mengenai pembelahan nuklear. Namun begitu, hanya Otto Hahn yang diberikan Anugerah Nobel walaupun mereka berdua telah menemui pembelahan nuklear dan kedua-dua mereka turut tercalon untuk anugerah tersebut. Di dalam surat mengenai perkara ini, Lisa Meitner berkata:

Hahn sememangnya layak menerima Anugerah Nobel untuk ilmu kimia. Memang tidak dapat dinafikan. Tapi saya percaya yang Otto Robert Frisch dan saya telah menyumbang kepada sesuatu yang sangat penting kepada penjelasan proses pembelahan uranium. Bagaimana ia dihasilkan dan ia turut menghasilkan banyak tenaga. Perkara ini sangat asing untuk Hahn.”

Apabila prosiding Jawatankuasa Nobel diketahui umum pada tahun 1990-an, jurnal Persatuan Fizikal Amerika Physics Today telah menyemaknya untuk memastikan yang nama Lisa Meitner memang sengaja diabaikan.

Pengecualian Meitner daripada Anugerah Nobel Kimia boleh diringkaskan sebagai campuran berat sebelah, kebodohan politik, kejahilan, dan sikap tergesa-gesa.”

5. Saintis wanita: Cecilia Payne-Gaposchkin

D41586 020 00509 3 17728032
Hrntkf cecilia payne-gaposchkin, american astronomer

Cecilia Payne-Gaposchkin telah belajar bidang botani, fizik dan kimia di Universiti Cambridge pada awal kurun ke-20 tapi telah berpindah ke Amerika Syarikat untuk mendapatkan ijazahnya kerana pada ketika itu, Cambridge membenarkan wanita untuk belajar tapi enggan memberikan ijazah sehingga tahun 1948.

Di Kolej Radcliffe yang kini merupakan sebahagian dari Harvard, Cecilia telah berjaya menjadi orang pertama yang mendapat PhD dalam bidang Astrofizik. Di dalam tesisnya yang mendapat jolokan “tesis PhD paling bijak pernah ditulis dalam bidang astronomi”, ia menerangkan mengenai bintang dibuat dari hidrogen dan helium.

Namun begitu, hanya beberapa tahu kemudian penemuan Cecilia ini diterima secara meluas, itu pun kerana Henry Norris Russel, seorang lelaki yang telah melarang Cecilia untuk membentangkan konklusinya bahawa matahari kebanyakannya diperbuat dari hidrogen sebelum menerbitkan penemuan yang sama. Ekoran ini, Russel telah menerima kredit yang lebih popular dari Cecilia.

6. Saintis wanita: Nettie Stevens

Nettie Stevens 1909.Jpg

Pakar genetik Amerika yang telah berjaya melengkapkan PhD pada tahun 1903 ini merupakan orang pertama yang menemui kepentingan kromosom Y dalam menentukan jantina sesuatu spesis. Sebelum itu, konsensus saintifik mengatakan bahawa ibu dan faktor persekitaran telah menentukan jantina seseorang.

Namun begitu, bos Nettie, Thomas Morgan yang pada awalnya telah menolak penemuan kromosom Y ini telah mendapat kredit mengenai penemuannya pada 1905 ini.

Hmm…

Sumber: ati

 

Baca: 5 Ikon Wanita Ni Berjaya Ubah Sejarah Dunia!

Collage 25

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.