in

6 Negara Yang ‘Jatuhkan’ Raja Sendiri, Ini Kisah Mereka

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi orang Malaysia macam kita ni, memang tak pelik bila lihat sesuatu negara itu masih diperintah oleh raja. Tapi sebenarnya, daripada 195 negara yang telah merdeka, hanya 43 darinya sahaja tau yang masih mempunyai raja.

Antara monarki yang paling berpengaruh dan popular dan tentulah United Kingdom kan? Dengan kemangkatan Ratu Queen Elizabeth II, ia sekaligus telah mengakhiri salah satu pemerintahan beraja paling lama di dunia.


Untuk negara yang tidak mempunyai sistem beraja, dorang mungkin tak faham dengan perlembagaan dan penggantian raja yang memerintah ini, tapi sebenarnya dulu dorang pun ada je monarki tersendiri tau.

Tapi disebabkan landskap politik dan pergolakan awam, kebanyakan dari monarki telah turun takhta dan menghapuskan monarki secara kekal ketika abad ke-19 dan 20. Jadi, dekat bawah ni kita akan senaraikan beberapa negara yang telah pun menjatuhkan monarki mereka. Kalau nak tahu, jom baca!

Artikel berkaitan: Puteri Mako: Puteri Jepun Yang Tolak Keistimewaan Diraja & Harta Demi Kahwini Kekasih Berstatus Rakyat Biasa

Artikel berkaitan: Ini Kronologi Percintaan Diraja Di Antara King Charles & Queen Camilla

1. Perancis

68A4150Bfa173D63D0393615Ad92Af64

King Louis XVI telah mengambil takhta pada 1774, tapi ketika pemerintahan mereka ini, raja ini tak mampu untuk menyelesaikan kekurangan bekalan makanan dan permasalahan ekonomi rakyat, ia telah menyebabkan berlakunya pemberontakan beramai-ramai.

Pemberontakan ini merupakan Revolusi Perancis yang berlaku pada 1789 di mana orang ramai terutamanya rakyat biasa mula tak suka dengan pemerintahan beraja yang dirasakan tidak adil di mana raja dan permaisuri dapat hidup mewah tapi mereka hidup susah.

Disebabkan ini, mereka mula memberontak untuk menghapuskan sistem tidak adil ini dan mula memperjuangkan tentang hak kesamarataan dan kebebasan sehingga ia telah menyaksikan pengakhiran monarki yang telah disingkirkan secara rasmi pada 1792.

Ekoran ini, King Louis dan isterinya Marie Antoinette telah dipenjarakan sebelum mereka dipancung pada tahun 1793.

2. Portugal

Manuel Ii 1910.Jpg

Selepas pembunuhan bapa dan abangnya di Lisbon, Manuel II terpaksa mengambil takhta sebagai Raja Portugal di usia 18 tahun. Namun, dia juga telah menjadi raja terakhir di sana selepas negara ini telah menyingkirkan monarki pada 1910.

Perkara ini berlaku ekoran King Manuel II gagal menyelesaikan isu yang melanda Portugal pada ketika itu termasuk ketidakstabilan kewangan dan ketidaksamaan sosial serta turut hilang sokongan rakyat yang mula tertarik dengan pergerakan republik yang mengamalkan prinsip demokrasi dan kebebasan individu.

Disebabkan ini, pada 5 Oktober 1910, Revolusi Republik telah menyingkirkan monarki dan mengisytiharkan Republik Pertama Portugis.

King Manuel II kemudiannya telah melarikan diri ke London dan hidup di sana bersama isterinya Augusta. Dia tidak pernah melepaskan takhtanya dan terus dikenali sebagai raja yang sah bagi orang yang masih percaya dengan sistem beraja.

Kalau korang nak tahu, ada beberapa cubaan untuk mengekalkan semula sistem monarki di Portugal namun masih tak berjaya sehingga hari ini.

3. Jerman

Mv5Bzdm1Njbkogmtmgq2Mc00Nwzjltg5Owytmjzkmjkwmdq4Mwvhxkeyxkfqcgdeqxvymtk2Mzi2Ng@@. V1

Kaiser Wilhelm II, cucu kepada Queen Victoria merupakan maharaja terakhir Jerman dan merupakan raja terakhir Prussia. Dia telah menjadi “kaiser” selepas kematian bapanya pada 1888.

Ini kerana selepas Jerman menghadapi kekalahan dalam Perang Dunia Pertama, ia telah mengakibatkan suasana politik yang tidak stabil serta rasa tak puas hati di kalangan rakyat.

Protes dan demonstrasi telah diadakan di seluruh Jerman sekaligus menimbulkan ketegangan di mana rata-rata menyuarakan ketidakpuasan terhadap keadaan sosial dan ekonomi.

Untuk meredakan ketegangan ini, Canselor Jerman, Max von Baden telah mengumumkan pengunduran Kaiser Wilhem II pada 9 November 1918 tanpa persetujuan maharaja ini dengan harapan ia dapat mengalihkan Jerman ke pemerintahan yang lebih demokrasi.

Selepas pengunduran tersebut, Kaiser Wilhelm II telah melarikan diri ke Belanda di mana dia telah diberikan perlindungan politik dan diberikan izin untuk tinggal dalam pengasingan di Doorn, Belanda dan meninggal dunia pada 4 Julai 1941.

Jenazah Wilhelm II telah dikebumikan di Huis Doorn sebelum pada tahun 1951 Belanda izinkan jenazahnya untuk dipulangkan ke Jerman dan dikebumikan di sebuah makam yang terletak di Potsdam, Jerman.

4. Rusia

Mikola Ii Cropped 2

Tsar Nicholas II yang telah memerintah Rusia sejak 1894 telah dipaksa untuk mengundurkan diri pada 1917 selepas banyak mogok dan bantahan dibuat.

Dikenali sebagai Revolusi Februari, pergerakan ini telah membawa pengakhiran Dinasti Romanove yang telah memerintah Rusia selama 300 tahun.

Nicholas yang juga merupakan sepupu Raja Britain, King George V telah ditangkap dan ditahan bersama keluarganya sehingga mereka dibunuh oleh Bolsheviks atau Parti Komunis Kesatuan Union pada 1918.

5. Greece

Georgeiiofgreece

Greece pertama kali diisytiharkan sebagai negara repbulik oleh Perhimpunan Kebangsaan Greek pada 1924 hingga menyebabkan King George II telah dibuang dan melarikan diri sehingga 1935 apabila parti Populis telah mendapatkan kuasa dan kembalikan semula monarki.

Kemudian, monarki sekali lagi dihapuskan untuk selama-lamanya di bawah rejim tentera yang telah mengisytiharkan negara itu sebagai republik untuk kali kedua pada 1973.

Constantine II merupakan Raja Greece terakhir yang memerintah dari 1964 sehingga 1974 sebelum dibuang negara dan berpindah ke London dan kembali ke Athens pada 2013 dan meninggal dunia pada Januari 2023.

6. Nepal

0Fba651Ca50A13D5C4639489F2935B4B

Pada tahun 2001, Gyanendra Shah telah mengambil alih takhta selepas Putera Raja Dipendra membunuh King Birendra dan lapan lagi ahli keluarga raja Nepal sebelum membunuh dirinya sendiri tanpa sebab yang diketahui sehingga hari ini.

Disebabkan ini, Gyanendra telah membubarkan parlimen pada 2002 dan telah dipaksa untuk kembalikan parlimen pada 2006 selepas protes diadakan selama berminggu-minggu.

Dua tahun kemudian, Perhimpunan Konstituen Nepal telah mengisytiharkan negara ini sebagai republik demokratik dan sekaligus menghapuskan monarki.

Sumber: Stars Insider

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.