Apa yang bestnya musim perayaan ni, ia takkan terhenti begitu sahaja, kemeriahan akan berlarutan sehingga sebulan. Biasanya lepas minggu kedua raya, dah mula rakan-rakan atau jiran tetangga akan datang beraya di rumah kita.
Buat open house adalah salah satu alternatif untuk mengurangkan rasa ‘rimas’ kita daripada rumah kerap diganggu oleh orang datang bertubi-tubi. Jadi cara inilah yang boleh buatkan tetamu datang sekaligus memeriahkan suasana rumah kita.
Cuma masalah kalau buat open house ni, mesti akan banyak makanan tak habis. Jadi, admin sarankan korang kena sediakan menu-menu ni kalau nak makanan korang ‘laris’!
1. Soto
Biasanya orang-orang Johor suka buat menu ni. Rasa sedap nak buat pun senang dan kos pun tak mahal sangat kalau nak buat dalam portion yang banyak.
Kuah soto tu korang boleh buat dengan nasi impit, mee kung dengan mee hun. Kan dah banyak menu kat situ, makan dengan sambal kicap, mesti korang suka!
2. Lemang
Sekarang ni, masa hari pertama raya ramai yang suka hidangkan juadah moden, jadi kalau korang sediakan lemang, mungkin habis kena ‘ngap’ dengan tetamu. Lagi pun lemang kot, siapa yang tak nak!
Mula-mula orang jemu masa awal-awal, tapi biasanya open house korang pasti akan buat masa pertengahan bulan Syawal, orang mesti dah rindu balik nak makan lemang.
3. Kambing Golek
Part ni memang confirm orang akan beratur panjang! Perut dah bloated pun diaorang sanggup makan tau! Ya lah, nak dapatkan daging kambing bakar ni bukan senang, selalunya kalau nak makan pun harga mahal dan sikit.
Jadi, ini lah peluang diaorang nak pelahap puas-puas. Tapi janganlah paksa diri kalau bajet tak mengizinkan banyak lagi menu lain yang korang boleh tengok.
4. Ketupat Palas
Ni lagi satu, andaikata kalau lemang susah dan kos tinggi bagi korang, apa kata korang buat sendiri ketupat palas, rasa pun lebih kurang sama.
Malah, kuantiti pun akan dapat lebih banyak. Tapi alang-alang dah buat ketupat buat lah dengan rendang sekali, kan dah cukup satu hidangan utama. Memang rendang tak ada dalam list tapi bila dah sediakan ketupat dengan lemang ni akkan lah nak cicah dengan sos pulak kan?
5. Laksa
Haaa, tak kisah lah laksa Utara ke laksa Johor ke, laksa Sarawak ke pasti orang akan pilih. Malah masak pun senang, ini salah satu cara paling selamat kalau korang tak sure ramai yang datang ke tak.
6. Mee Kari
Sedapnya, ni lagi satu menu yang korang boleh buat. Nak sediakan bahan pun senang, nak masak dalam kuantiti yang banyak pun senang.
Lagi satu ini menu yang ‘paling selamat’. Kenapa? Bayangkan kalau tetamu tu baru sampai dan mereka mesti nak ‘simpan stok’ dalam perut, jadi ini antara menu yang diaorang capai.
Kalau tetamu tu pilih rumah orang antara yang terakhir pun mereka pilih yang tak berat sangat dan tak ringan sangat. Memang mee kari lah orang akan cari.