in

“6 bulan tidak mampu melahirkan seorang pendakwah” -Timb. Pengarah USIM Minta Program Realiti Dakwah Dikaji Semula

Cats 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berikutan dengan isu dan kontroversi terhadap pendakwah selebriti yang memegang gelaran Da’i, Pencetus Ummah (PU) dan Imam Muda atau pendakwah, ustaz serta agamawan, ia telah mencalarkan nama baik pendakwah lain dan dipandang serong oleh masyarakat.


Susulan itu, Timbalan Pengarah (Akademik dan Pentadbiran), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berpendapat bahawa seseorang yang memegang gelaran itu memainkan peranan penting untuk menjaga reputasi mereka bagi mengelakkan dilabel  penunggang agama.

 

‘Menggunakan’ agama setelah meraih kepercayaan & populariti

902080

Katanya, isu penunggang agama ini akan memberikan impak kepada Islam kerana ia dianggap fitnah baharu dalam agama.

Disebabkan ada populariti dan kepercayaan masyarakat, mereka ambil kesempatan untuk guna nama agama dan menjadi penyebab timbulnya sikap tidak ikhlas dalam menyampaikan dakwah.

“Seperti mana dalam sebuah hadis, Rasulullah pernah membayangkan tentang kemunculan golongan pendakwah yang menyeru manusia ke pintu neraka. Mereka mengajak manusia melakukan kejahatan yang bercanggah dengan ajaran Rasulullah.”

“Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah ketika ditanya oleh Saidina Huzaifah. Huzaifah bertanya tentang apakah perkara yang lebih buruk daripada kaum yang tidak mengamalkan sunnah Rasulullah. Lalu Rasulullah menjawab, “Pendakwah di pintu neraka jahanam. Barang siapa yang menyahut panggilan mereka, mereka akan mencampaknya ke dalam neraka.” (HR al-Bukhari),” katanya.

 

6 bulan tak mampu lahirkan seorang pendakwah menerusi program realiti

Dalam pada itu, beliau juga bimbang apabila wujudnya golongan pendakwah yang menyeru kepada kebatilan, kerosakan isu akidah dan pemikiran liberal malahan wujud golongan yang menggunakan agama sebagai topeng melakukan maksiat.

Ia berikutan dengan isu yang menimpa  seorang pendakwah selebriti yang terpalit dengan kontroversi beberapa dakwaan kes rogol.

Mengulas tentang program-program realiti dakwah, Dr Ahmad Sanusi menjelaskan bahawa penganjuran program itu perlu dikaji semula kerana memberi kesan positif dan negatif.

Pengisian program yang dianjurkan dalam tempoh singkat, selama enam bulan tidak mampu melahirkan seorang pendakwah jika dibandingkan dengan individu yang menuntut ilmu bertahun-tahun di sesebuah universiti.”

Perincian juga perlu diberikan kepada kriteria calon adakah mereka benar-benar layak, setanding untuk menjadi seorang pendakwah yang disegani masyarakat, bukan sekadar popular tetapi mempunyai ‘isi’, akhlak yang boleh dijadikan ‘role model’ kepada orang ramai.”

Walaubagaimanapun, beliau tidak nafikan bukan semua pendakwah yang lahir daripada program realiti itu tidak bagus, namun nama mereka juga turut terkena tempias apabila rakan seperjuangan yang lain terlibat dalam satu kontroversi.

Daie

 

“Jangan disebabkan dia seorang pendakwah, kita pun sahut”

Namun begitu, beliau juga menegaskan bahwa, golongan pendakwah juga adalah manusia yang boleh melakukan kesilapan.

“Cuma saya nak pesan kepada orang ramai khususnya kaum wanita untuk lebih berhati-hati dengan sesiapa jua. Jangan mudah percaya.Jangan kerana dia seorang pendakwah, memiliki populariti, terkenal dan mengajak melakukan kejahatan yang bercanggah dengan ajaran Islam, kita pun ikut, sahut.”

Malah katanya lagi, seseorangt itu pun sepatutnya boleh fikir secara rasional dan boleh menolak dengan cara baik.

“Kita boleh fikir rasional perkara itu dan menolak secara baik. Kalau sudah berdua waktu pagi, kopiah pun boleh jatuh,” katanya kepada Sinar Harian.

 

Baca : Timbul Dakwaan Pendakwah Selebriti Guna Ilmu Pengasih, Polis Terima 5 Lagi Laporan Baru

Pengasih

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.