Zaman sekarang ni semua benda mahal kan? Rasa macam kena ikat perut sementara nak tunggu gaji setiap bulan. Tapi pada masa yang sama cuti sekolah nak dekat dan korang mesti nak anak-anak korang experience benda yang menyeronokkan kan?
Jangan risau, pada artikel kali ni kita akan senaraikan taman tema air yang ada di Malaysia ni tapi pada masa yang sama tak akan buat poket korang bocor. Kalau nak tahu dekat mana, jom baca dekat bawah ni!
Artikel berkaitan: 5 Pulau Tersembunyi Yang Cantik & ‘Underrated’ Di Malaysia Yang Korang Mungkin Tak Tahu Wujud!
Artikel berkaitan: “Hotel ala filem sci-fi!” – Ini 4 Tempat Penginapan Unik Yang Ada Di Malaysia
1. Wet World
Kalau korang nak pergi waterpark yang popular, mesra keluarga dan pada masa yang sama sangat bajet friendly, korang boleh pergi dekat Wet World yang terletak di Taman Tasik Shah Alam. Apa yang menariknya, taman tema air ni sangat-sangat mesra kanak-kanak dan dorang juga ada seksyen Kiddy Typhoon Lagoon di mana budak kecil pun boleh berseronok bermain air yang cetek di sana. Harga tiket untuk ke Wet World ini pula adalah serendah RM29. Berbaloi betul!
2. Bayou Lagoon
Selain dari taman tema air, korang juga boleh menginap di Water Park Bayou Lagoon Resort yang terletak di Melaka ini bersama keluarga. Walaupun kolamnya tak sebesar waterpark lain, tapi harganya yang murah memang buatkan tempat ni sangat berbaloi untuk dilawati.
Taman tema air ini juga turut menyediakan tempat khas dengan air yang cetek untuk korang bawa anak-anak kecil korang bermain tau! Bukan tu je, parking dia pun murah sangat, RM3 je manakala harga tiket untuk masuk ke waterpark ini adalah serendah RM14!
Kalau nak jimat lagi, korang boleh bawa pelampung sendiri dan tak perlu nak sewa pelampung dekat sana.
3. Bukit Merah Laketown Water Park
Taman Tema Air yang terletak di Perak ini adalah antara waterpark yang sangat affordable untuk korang bawa keluarga korang. Dengan harga tiket serendah RM30, korang boleh menikmata sebanyak 14 tarikan menarik di sini termasuk Family Splash Adventure, Racer Slides, Crazee Cone, Boomerang dan banyak lagi.
Bukan tu je, gelongsor-gelongsor dekat sini juga memang sangat menyeronokkan untuk dewasa dan juga kanak-kanak tau!
Tak cukup dengan itu, harga tiket yang disebut tadi tu juga dah termasuk sekali dengan admission ke petting zoo tau. Confirm anak-anak suka dapat tengok banyak haiwan lepas dah seronok main air.
4. A’Famosa Water Theme Park
Jangan terkejut, taman tema air terbesar di Malaysia, A’Famosa Water Theme Park ni pun sebenarnya sangat budget friendly tau
Korang boleh alami keseronokan dengan 11 tarikan menarik yang disediakan di sini termasuk gelongsor setinggi tujuh tingkat!
Bukan tu je, dorang juga ada sediakan pasir pantai untuk korang healing ala-ala pergi bercuti dekat pulau dengan tiket masuk serendah RM35 je. Bestnya!
5. Splash Out Langkawi
Kalau korang ada plan untuk bercuti di Langkawi cuti sekolah ni, memang rugi besar kalau korang tak pergi Splash Out Langkawi tau!
Taman tema air ini diinspirasikan oleh pengembara dan pelayar laut yang telah berlayar mengeliligi dunia. Dekat sini terdapat 12 tarikan untuk korang cuba seperti Wild Water, Sprinkle Island, Poseidon’s Revenge dan banyak lagi!
Kalau korang nak lagi jimat, korang boleh masuk selepas jam 4 petang dan harga tiket time ni pun lebih murah iaitu serendah RM25 dan kalau nak main air sepanjang hari pula harga tiketnya bermula dari RM35.
Siapa kata harga berseronok tu mahal?
Sumber: The Smart Local, Traworld