in

5 Tradisi Halloween Di Seluruh Dunia, Ada Yang Seram & Ada Yang Unik!

collage 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perayaan Halloween ini biasanya popular di kalangan orang Amerika Syarikat di mana ketika ini, ramai yang akan menghias rumah mereka dengan hiasan-hiasan yang menakutkan serta memakai kostum-kostum hantu dan di waktu malam pula kanak-kanak akan pergi melawat rumah-rumah di kawasan kejiranan untuk mengumpul gula-gula.

Tapi sebenarnya, banyak juga negara-negara lain yang menyambut perayaan ini dengan tradisi-tradisi unik mereka tersendiri. Kalau korang nak tahu, jom baca dekat bawah ni!


Artikel berkaitan: “Trick or treat?” – Ini Sejarah Di Sebalik Sambutan Halloween Yang Diadakan Pada 31 Oktober Saban Tahun

Artikel berkaitan: Ini 5 Filem Seram Yang Bakal Keluar Sepanjang Bulan ‘Halloween’ Tahun Ini

1. Samhain: Ireland

festival of fire mr

Salah satu tradisi Halloween yang paling menarik di seluruh dunia adalah di Ireland. Malah, perkataan Halloween ini sebenarnya berasal dari perkataan Samhain atau All Hallowtide. Ia merupakan festival di Ireland yang menandakan pengakhiran musim panas.

Antara adat lama yang masih diamalkan sehingga sekarang adalah membuat dan makan Barmbrak iaitu kek mampat yang penuh dengan kismis dan gula-gula sitrus. Ia juga merupakan salah satu tradisi untuk meletakkan cincin dan duit syiling di dalam kek ini. Sekiranya seseorang menemui token ini di dalam kek mereka, ia menandakan bahawa orang tersebut akan mendapat kekayaan atau kebahagian dalam hidup.

Selain itu, kalau di Amerika dan Eropah orang akan mengukir labu, sebenarnya tradisi ini telah diamalkan di Ireland di mana mereka akan mengukir lobak kecil yang dikatakan lebih seram dari labu.

651.jpg

2. Día de Los Muertos: Mexico

757c79 d9af945a1502491eb0210fb50cc87777mv2.jpg

Día de Los Muertos atau hari kematian merupakan tradisi Mexico yang lebih kurang sama dengan Halloween dan biasanya diadakan pada 1 dan 2 November. Festival ini dibuat bagi meraikan kehidupan serta memberikan kehormatan kepada ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Antara sambutan yang dibuat termasuklah aktiviti seperti berhias dengan alat solek yang terang, kostum, membuat perarakan serta menyanyi dan menari.

Selain itu, mereka juga akan membina mezbah sementara sebagai tribut untuk ahli keluarga yang telah meninggal dunia dan dihiaskan dengan gula-gula tengkorak dan botol-botol arak serta gambar. Dikatakan, perkara ini dapat menarik perhatian roh untuk bertemu semula dengan keluarga yang masih hidup.

3. Hallowmas Eve: Hong Kong

image95

Hong Kong telah mula menyambut dan menerima Hallowen. Untuk mendapatkan pengalaman Hallowen seperti di Amerika, ramai orang akan pergi ke Hong Kong Disneyland di mana beberapa acara akan diadakan seperti rumah hantu, kostum yang menakutkan dan hiburan Halloween yang lain.

4. Halloween: Jepun

cropped image l.jpg

Halloween di Jepun disambut buat pertama kali di Tokyo Disneyland pada tahun 2000. Ketika sambutan Halloween, rakyat di sana akan all out dengan kostum mereka dari yang comel sehinggalah yang sangat menakutkan. Yelah cosplay tu kan mainan dorang…

Ketika hari Halloween juga, jalan-jalan di Jepun akan dipenuhi dengan orang-orang memakai kostum dan keretapi di sana juga turut dihias dengan hiasan Halloween.

Memang ramai yang suka pergi Jepun masa Halloween ni sebab nak tengok sendiri macam mana orang dekat sana pakai kostum gempak-gempak masa ni.

5. Dia das Bruxas: Portugal

Vilar de Perdizes4

Dia das Bruxas atau Day of the Witches merupakan Hallowen di Portugal. Perayaan ini kalau dilihat memang lebih kurang sama dengan sambutan di Amerika. Tapi trick or treat di Portugal, kanak-kanak akan meminta roti, buah-buahan atau kekacang berbanding gula-gula.

Selain itu, mereka juga akan melawat kubur-kubur keluarga yang telah meninggal dunia dan turut menghias kubur dengan bunga dan lilin bagi menghormati nenek moyang mereka.

Sumber: trafalgar

Sumber: TripZilla
Sumber: Kyodo News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.