in

5 Tip Buat Mereka Yang Nak Beli Laptop atau Komputer Baru

Gaming Pc Terbaik Malaysia 1

Mencari laptop atau komputer baharu bukanlah sesuatu yang sukar hari ini dengan adanya lambakan jenama yang menawarkan pelbagai reka bentuk serta spesifikasi yang menarik dengan harga-harga tertentu.

Akhir-akhir ini, ramai mula meminati laptop atau komputer yang khusus untuk ‘gaming’ kerana ia sebenarnya bukan sahaja boleh dibuat untuk bermain permainan komputer, tetapi mampu menjalankan aplikasi yang ‘berat’ untuk tujuan kerja.

Selain kelebihan dari segi grafik, persembahan dan reka bentuk yang menarik, biasanya gaming pc ini disertakan dengan spesifikasi serta hardware yang menyokong aplikasi ‘berat’ ataupun mampu untuk menjalankan pelbagai ‘tugas’ dalam satu masa.

Shutterstock 1946805007

Untuk korang yang mungkin pertama kali atau nak mendapatkan PC gaming yang baharu, ada beberapa perkara yang perlu korang lakukan sebelum membeli mana-mana model yang ada di pasaran seperti :

1. Bandingkan harga serta ‘spec’

Sebelum beli sebuah komputer gaming baharu lebih-lebih lagi yang dah siap pasang oleh jenama-jenama tertentu, bandingkan harga yang ditawarkan dengan spesifikasi.

Young Gamer Having Fun With Action Video Games Competition Playing Online Game Championship Caucasian Woman Enjoying Rpg Play Tournament Live Stream Gaming Modern Computer

Paling penting adalah jenis pemprosesan, kad grafik serta memori yang ditawarkan atau sokongan yang ada sekiranya korang berhajat nak upgrade pada masa hadapan. Kalau tak faham spesifikasi yang dinyatakan, dapatkan bantuan dari kawan yang arif tentang PC ni atau buat ‘research’ secara online.

2. Fikir jangka panjang

Fikirkan tujuan utama atau fokus utama kegunaan komputer gaming ini nanti setelah dibeli, adakah ianya hanya akan digunakan untuk gaming dan korang mempunyai pc atau laptop khusus untuk urusan kerja dan sebagainya.

Amimwrk

Perlu diingatkan yang harga satu-satu unit ini agak ‘keras’ dan ia biasanya akan digunakan untuk jangka masa yang agak panjang, jadi pertimbangkan kesemua perkara tersebut sebelum tentukan komputer yang mana perlu dibeli.

3. Cuba dahulu sebelum beli

Kesalahan ramai pembeli adalah tidak mencuba dahulu sesuatu ‘set-up’ yang ada dijual di pasaran dan hanya bergantung kepada senarai spesifikasi yang ditulis. Kadangkala, ini akan menyebabkan kerugian apabila sesetengah komputer tersebut tidak seperti apa yang diharapkan.

4. Perhatikan tentang grafik

2Xauxiok

Satu-satu unit gaming PC ni biasanya akan memakan kos yang agak tinggi terutamanya bila melibatkan kad grafik yang terkini dan mampu menyokong permainan-permainan yang memerlukan kad grafik seperti Counter Strike (CS), Forza Horizon, Assasin’s Creed dan lain-lain.

5. Jumlah ‘port’ yang ada

Walaupun ada yang tak kisah tentang jumlah ‘port’ yang ada, tetapi percayalah, ia salah satu komponen yang amat penting kerana port inilah nanti akan menentukan kedudukan kabel dan paling penting berapa banyak peranti yang boleh digunakan dalam satu masa.

Pexels Bich Tran 1714341

Contoh mudah, untuk persediaan normal, sekurang-kurangnya akan menggunakan 3 port untuk tetikus, papan kekunci serta wifi adapter, melainkan korang memilih untuk cari yang dah build in lah.

Selain itu, ada beberapa faktor lagi yang perlu diambil kira sebelum memilih komputer idaman dan suka min nak tekankan supaya korang tahu kegunaannya nanti. Kalau nak multi-task dan nakkan hiburan dalam masa yang sama, cari komputer dengan spesifikasi yang boleh lakukan kedua-duanya.

Kalau yang paling baru min perasan ialah rangkaian gaming PC terbaharu dari Joi iaitu JOI® Gaming PC Build yang dikuasakan oleh pemprosesan 12th Gen Intel® Core™ dan boleh kata kategori ‘hibrid’ juga sebab ianya menggabungkan performance cores dan juga efficient cores.

22Game 12Thgen Family Social Tw

Bahasa mudahnya, nak guna untuk main game atau guna aplikasi yang berat memang tak ada masalah selain ia juga sesuai untuk workload yang banyak.

Antara spesifikasi yang ada termasuklah :

  • PCIe 5.0 readiness.
  • Sokongan sehingga 20 lanes (16 PCIe 5.0 and 4 PCIe 4.0) untuk memacu grafik dan storan  yang optimum dengan membolehkan titik sambungan lebar jalur yang lebih tinggi.
  • Memori DDR5 yang berkelajuan 4800 MT/.
  • Intel® UHD Graphics dipacu oleh Xe Architecture dengan sokongan visual yang dipertingkatkan untuk video HDR sehingga 8K serta sokongan 4 paparan 4K serentak.
  • Intel® Wi-Fi 6E (Gig+) yang membolehkan capaian kelajuak sehingga 3x ganda.

Gloo Web Banner 1090X675

Untuk pengetahuan, JOI® Gaming PC Build ini bermula daripada RM4,299 (Dikuasakan oleh Pemproses Intel® Core™ i5 Generasi Ke-12). Setiap pembelian pula akan disertakan dengan jaminan 3 tahun di seluruh negara.

Untuk tempoh terhad, korang akan menerima Logitech G502 Hero High Performance Gaming Mouse dan juga G512 Mechanical Gaming Keyboard berharga RM449 sahaja! Jadi tunggu apa lagi, dapatkan JOI® Gaming PC Build hari ini dekat: 

Laman web GLOO: https://www.gloo.com.my/12th-Gen-Intel-Core-Desktop-Processors/ 

Laman web iTworld: https://www.itworld.com.my/12th-Gen-Intel-Core-Desktop-Processors/ 

Laman web Notebook Plaza: https://www.nbplaza.com.my/298-intel-12th-gen-processor 

Sumber: JOI
Sumber: JOI
Sumber: JOI