in

5 Selebriti Yang Pernah Curang Ketika Pasangan Sedang Hamil

collage 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Curang dengan pasangan boleh dikatakan salah satu pengkhianatan yang besar dalam perhubungan. Kecurangan ni boleh jadi lebih menyakitkan bila berlaku pada waktu-waktu yang vulnerable macam masa tengah mengandung.

Menurut seorang ahli psikologi dan pengarang buku What’s Your Pregnant Man Thinking?, terdapat 10% bakal bapa akan curang dengan pasangan mereka ketika hamil tau!


Tak kiralah macam mana cantik, kaya atau terkenal pun seseorang itu, dia tetap berisiko untuk dicurangi ketika mengandung.

Macam artikel dekat bawah ni yang akan menyenaraikan beberapa selebriti lelaki yang didakwa curang ketika pasangan mereka sedang hamil.

Artikel berkaitan: “Once a cheater always a cheater” – Betul Ke Orang Curang Berkemungkinan Buat Lagi?

Artikel berkaitan: “Berlakon sampai jatuh cinta” – Ini 7 Filem Yang Musnahkan Perkahwinan Selebriti Terkenal

1. Adam Levine

behati prinsloo 2000 1b00539070bc43bf8a4f91051d91cab5

Pada tahun 2022 yang lalu, beberapa hari selepas bekas model Victoria’s Secret Behati Prinsloo mengesahkan bahawa dia sedang hamil anak ketiga bersama suaminya Adam Levine, seorang model Sumner Stroh mendakwa bahawa dia telah menjalankan hubungan sulit bersama penyanyi tersebut selama setahun. Malah, Sumner turut mengatakan Adam berniat untuk namakan anak ketiga mereka sempena namanya. Peh

Selepas tuduhan yang dilemparkan oleh Sumner tular, Adam telah mengeluarkan kenyataan mengakui bahawa dia telah tersilap langkah kerana menggatal dengan wanita lain selain isterinya. Lelaki ini turut mengatakan bahawa ini merupakan kesalahan terbesar yang dia pernah lakukan dan menegaskan hubungan tersebut tidak melibatkan fizikal.

Beberapa hari kemudian, beberapa wanita lain turut mendedahkan mesej-mesej ‘gatal’ yang mereka terima dari Adam Levine di media sosial. Namun begitu, Adam tetap menegaskan bahawa dia tidak pernah menjalinkan hubungan fizikal dengan wanita-wanita lain.

Sepanjang skandal ini, Adam dan Behati menunjukkan kekuatan mereka sebagai pasangan dan pada Januari 2023 mereka telah menyambut kelahiran cahaya mata ketiga.

2. Justin Timberlake

opt aboutcom coeus resources content migration brides proteus 5bc9050dd48d662d5f10dd43 11 1053afa1584f4c9d91f6ab6126001438

Pada akhir 2019, Justin Timberlake telah dirakam menunjukkan aksi terlebih mesra bersama pelakon gandingannya di dalam filem Palmer, Alisha Wainwright dan mereka dilihat keluar bersama pada waktu malam di New Orleans.

Selepas gambar-gambar mereka berpegangan tangan tular, sumber terdekat kepada Justin menegaskan bahawa hubungannya dengan Alisha hanyalah kawan biasa dan tidak lebih dari itu.

Tak lama kemudian, Justin telah mengeluarkan kenyataan mengatakan yang pada malam tersebut dia telah minum banyak alkohol dan tersilap langkah namun tetap mengatakan bahawa dia tidak terlanjur. Justin turut meminta maaf kepada isterinya Jessica Biel yang dilaporkan malu dengan skandal tersebut namun percaya bahawa suaminya ini belum terlanjur.

Pasangan ini kemudiannya menyambut anak lelaki kedua mereka pada musim panas 2020 menyebabkan ramai yang percaya Jessica sedang berada di awal kehamilannya ketika skandal curang tersebut berlaku.

3. Jesse James

Jesse James Pregnant Wife Bonnie Rotten Refiles for Divorce Amid Cheating Claims 2.jpg

Pada penghujung tahun 2022, isteri kelima personaliti TV Jesse James, Bonnie Rotten telah mengumumkan bahawa dia sedang mengandung dan mendapati suaminya itu telah berlaku curang.

Jesse tengah sibuk cuba tidur dengan perempuan-perempuan lain masa saya sedang mengandung.”

Bonnie mendakwa perkara ini berlaku sebelum memfailkan tuntutan cerai ke atas suaminya itu. Keesokan harinya, Jesse yang terkenal dengan personalitinya sebagai “kaki perempuan” telah menafikan tuduhan tersebut.

Bonnie kemudiannya mengatakan yang dia mahu menarik balik fail penceraian tersebut selepas mengatakan suaminya tak melakukan apa-apa perkara yang tak senonoh selepas dia check telefon Jesse.

Tapi kemudian pada 6 Disember, Bonnie sekali lagi memfailkan penceraian dan seminggu kemudian mereka berpisah. Tak lama selepas itu, Bonnie dan Jesse telah memuat naik gambar di Instagram menunjukkan yang mereka masih lagi bersama dan menyambut bayi mereka pada Jun 2023.

4. Kevin Hart

kevin hart poses with his wife eniko parrish as he is news photo 1577558477

Isteri pertama Kevin Hart, Torrei Hart sebelum ini mendakwa bahawa isteri kedua pelakon tersebut Eniko Parrish merupakan perempuan simpanannya. Namun Eniko telah menafikan perkara tersebut namun mengakui bahawa dia dan pelawak tersebut telah bersama sejak 2017 iaitu tahun yang sama Kevin masih bersama dengan Torrei.

Ketika Eniko hamil anak pertama mereka, Kevin didapati telah curang dengan pelakon dan penyanyi Montia Sabbag di Las Vegas. Montia mendakwa bahawa dia dan Kevin telah melakukan hubungan seks sebanyak tiga kali dan dia membuat pengakuan ini selepas seseorang cuba untuk mengugut Kevin dengan mengatakan bahawa dia akan menularkan video kecurangan tersebut.

Salah seorang rakan baik Kevin telah ditahan pada tahun 2018 kerana ugutan tersebut namun dibebaskan selepas itu. Sementara itu, Eniko tetap bersama Kevin dan mereka telah pun menyambut kelahiran anak kedua mereka, Kaori pada tahun 2020 dan masih bersama sehingga sekarang.

5. Tristan Thompson

khloe kardashian 1 3 fc5d0d19bba242768b4ab8d350ff42cf

Pada April 2018, dua hari sebelum Khloe Kardashian melahirkan anak pertamanya dengan pemain bola keranjang, Tristan Thompson, lelaki ini telah dilihat bermesraan dengan wanita lain serta masuk ke dalam satu hotel bersama wanita tersebut.

Kemudian, tak sampai seminggu pihak media telah mengenalpasti sekurang-kurangnya lima perempuan simpanan Tristan. Khloe bagaimanapun telah memaafkan teman lelakinya itu dan mereka sempat bertunang pada tahun 2020 sebelum Tristan sekali lagi curang bersama salah seorang teman rapat keluarga mereka dan lelaki ini dimaafkan sekali lagi sebelum kantoi curang berkali-kali termasuk ketika anak kedua mereka dalam kandungan.

Sumber: wonderwall, cafemom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.