Kebanyakan dari kita memang dibesarkan dengan cerita-cerita dongeng klasik macam Peter Pan, Puss In Boots, Little Red Riding Hood dan macam-macam lagi.
Kebanyakan cerita ni biasanya kita tahu dari cerita bedtime stories, buku atau pun televisyen. Tapi, sebenarnya cerita dongeng klasik yang kita dengar ni telah pun diubah supaya sesuai dengan kanak-kanak walaupun disebaliknya cerita asal lebih menakutkan dan bukannya indah seperti yang kita bayangkan.
Artikel berkaitan: 7 Kisah Hitam Disebalik Filem Disney, Rupanya ‘Happy Ending’ Tak Wujud Pun!
Artikel berkaitan: “Mengisahkan ritual korban kanak-kanak” – Cerita Hitam Disebalik 5 Lagu Kanak-kanak Yang ‘Catchy’ Ini
Jadi kalau korang nak tahu cerita sebenar disebalik kisah dongeng yang korang selalu dengar waktu kecil, baca dekat bawah ni:
1. Little Red Riding Hood
Kalau korang nak tahu, cerita Little Red Riding Hood ni ada banyak sangat versi sampai susah nak tahu mana satu kisah yang paling awal. Kebanyakan versi yang kita tahu menggunakan wolf sebagai amaran kepada kanak-kanak untuk tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali.
Pun begitu, ada beberapa orang mendedahkan, terdapat lapisan yang lebih ganas dan menakutkan berlaku kepada cerita asal. Salah satu versi mengatakan bahawa serigala dan nenek di dalam cerita ini adalah orang yang sama, ada juga yang mengatakan Red Riding Hood sendiri yang membenarkan serigala makan neneknya sebelum dia sendiri membunuh serigala tersebut bagi mendapatkan harta benda neneknya.
Tapi versi yang paling disturbing, adalah Red Riding Hood telah menggunakan badannya untuk selamatkan dirinya dari dibunuh dengan menjalinkan hubungan ‘cinta’ dengan serigala tersebut di atas tilam tempat neneknya dibunuh. Memang betul tak sesuai untuk budak-budak.
2. Rapunzel
Kisah dongeng yang berasal dari Jerman ini telah menjadi kegemaran ramai orang sejak bertahun-tahun. Mungkin korang pernah tengok atau dengar versi di mana pasangan ini perlu melalui pelbagai cubaan dan dugaan sebelum betul-betul dapat bersama selamanya di mana Rapunzel telah dihalau di dalam hutan oleh ahli sihir jahat kerana mengandung sementara putera rajanya buta selepas terjatuh dari menara tempat tinggal Rapunzel.
Namun begitu, ada juga versi lain yang lebih sinikal, iaitu putera raja tersebut telah mengabaikan dan melupakan Rapunzel kerana lelaki itu sebenarnya tak ada niat pun nak berkahwin dengannya. Dikatakan, versi ini dibuat sebagai pengajaran untuk gadis berhati-hati dengan godaan orang.
3. The Frog King
Diadaptasi pada tahun 2009 sebagai The Princess and the Frog, kisal dongeng asal dari Brothers Grimm ini sebenarnya jauh kurang sentimental dan romantik dari adaptasi moden.
Adaptasi moden menunjukkan sumpahan ke atas putera raja telah dimusnahkan selepas mendapat ciuman dari puteri raja. Tapi realitinya, putera raja ini berubah dari katak menjadi manusia ekoran tindakan puteri raja ini yang manja dan mengada-ngada sehingga telah membaling katak tersebut ke arah dinding kerana marah dan geli.
Versi lain turut mendakwa, katak ini dapat bermalam dengan tenang di atas bantal puteri raja dengan persetujuan acuh tak acuhnya sehingga ia boleh bertukar menjadi putera raja.
4. Beauty and the Beast
Dianggap sebagai cerita dongeng yang melambangkan cinta tanpa mengira paras rupa, kisah yang ditulis oleh Jeanne-Marie Leprince de Beaumont ini telah pun menjadi inspirasi opera, filem dan ballad. Pun begitu, versi asalnya tak seindah yang kita tahu.
Dalam versi asal, Belle merupakan seorang anak perempuan ahli perniagaan yang bankrap dan dua kakak jahat Belle menyebabkan kematian Beast dan bukannya watak Gaston seperti yang kita tengok dalam versi Disney.
Walaupun versi asal Beaumont ini mempunyai happy ending di mana Belle berjaya menamatkan sumpahan ke atas Beast, banyak versi yang menidakkan pengakhiran ini dan memilih untuk mengakhiri cerita ini dengan Belle sedih dan tak suka dengan bentuk asal Beast. Ah pulak dah…
5. Frozen
Filem animasi popular Disney, Frozen sedikit sebanyak diinspirasi dari cerita Hans Christian Andersen The Snow Queen, di dalam Frozen, ia menunjukkan cerita tentang kasih sayang adik beradik dan belajar untuk tidak takut dengan kuasa sendiri.
Tapi The Snow Queen mempunyai versi yang lebih dark di mana ahli sihir jahat telah membuat cermin ajaib yang menunjukkan hanya aspek hodoh dan buruk seseorang. Apabila cermin ini pecah, serpihannya telah masuk ke dalam mata dan hati ramai orang diseluruh dunia sekaligus membekukan hati mereka.
Bertahun-tahun kemudian, serpihan cermin ini telah masuk ke dalam mata seorang budak lelaki bernama Kai dan menyebabkan dia menjadi kejam dan menolak nenek dan rakan baiknya Gerda sekaligus menjadikan dia mangsa mudah untuk dipenjarakan oleh Snow Queen.
Apabila Kai hilang, ramai menganggap dia telah terjatuh ke dalam sungai dan mati, tapi Gerda yakin yang rakan baiknya itu masih hidup dan memulakan misinya untuk menyelamatkan Kai.
Sumber: Pan Macmillan, Culture Trip