in

5 Cerita Hantu ‘Urban Legend’ Dari Jepun Ni Memang Seram Betul!

Collage 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jepun memang terkenal sebagai negara yang kaya dengan budaya dan cerita-cerita rakyat yang terkenal sehingga diubah menjadi unik dan dibuat menjadi filem seperti The Ring dan The Grudge.

Kisah-kisah roh berdendam yang bersembunyi di lokasi-lokasi biasa seperti tandas sekolah dan stesen kereta api ni memang jadi sebahagian dari kisah yang diceritakan kepada kanak-kanak di Jepun.


Apa yang lebih menyeramkan, cerita-cerita lagenda ini ada kaitan dengan kejadian sebenar yang berlaku pada zaman dahulu seperti pembunuhan kejam atau kemalangan ngeri. Kalau korang nak tahu apa cerita urband legends seram dekat Jepun ni, baca artikel dekat bawah ni!

1. Aka Manto

T 5D81A311B42Bb.jpg

Aka Manto merupakan roh lelaki yang gemar mengacau mangsa-mangsanya ketika mereka dalam keadaan yang terdedah dan mudah untuk diserang.

Hantu ini dikatakan akan muncul dalam jelmaan yang memaki topeng berwarna putih dan jubah berwarna merah dan menunggu mangsanya di tandas.

Dia dikatakan akan memegang gulungan tisu berwarna merah dan biru dan meminta agar mangsanya untuk memilih salah satu warna.

Kalau mangsanya pilih warna merah, dorang akan ditikam dan akan menyebabkan tandas berlumuran dengan darah. Tapi kalau pilih warna biru, dia akan mencekik magsanya atau menghisap darah meninggalkan mangsanya dalam keadaan pucat dan biru di atas lantai tandas. Alamak, tak ada jawapan selamat!

2. Toire no Hanako-san

Na 634Ec8D85Cc10

Ni satu lagi hantu tandas yang dipanggil sebagai Toire no Hanako-san atau Hanako Tandas. Dikatakan hantu ini boleh diseru di dalam tandas lebih kurang macam Bloody Mary.

Biasanya, pelajar-pelajar sekolah yang berani akan menyeru hantu ini dengan memasuki tandas di tingkat tiga dan mengetuk pintu tandas ketiga sebanyak tiga kali dan bertanya jika hantu tersebut ada di dalam.

Kalau Hanako-san ini ada, pintu akan terbuka perlahan-lahan sebelum hantu ini memunculkan diri dan mengambil mangsanya sebelum memasukkan dia ke dalam lubang tandas dan tak akan ditemui lagi.

Dikatakan, Hanako-san merupakan hantu seorang perempuan yang mati ketika menyorok di dalam tandas semasa pengeboman yang berlaku ketika Perang Dunia Kedua.

3. Teke Teke

E86A3 Hantu Teke Teke

Teke Teke dipercayai merupakan hantu seorang gadis atau kanak-kanak perempuan yang jatuh ke atas landasan kereta api dan badannya terbelah dua selepas digilis kereta api.

Dia kini dikatakan menghantui stesen kereta api pada waktu malam sambil menyeret badannya yang putus dan membuat bunyi “teke-teke” apabila ia bergerak.

Teke Teke dikatakan dapat bergerak dengan pantas dan kalau korang terserempak dengan hantu ni korang perlu cepat-cepat lari. Ada yang cakap dia boleh gerak sama laju dengan kereta tau!

Kalau Teke Teke ni dapat tangkap mangsanya, dia akan mengerat mangsanya kepada dua bahagian. Ada juga yang mengatakan dia akan tanya kalau-kalau korang nampak kaki dia sebelum dia bunuh korang. Katanya, kalau nak selamat kena jawab “Meishin Expressway”.

4. Sumpahan bilik merah

Red Room Animation Popup

Sumpahan bilik merah merupakan lagenda moden yang bermula sebagai animasi internet. Ceritanya mengatakan yang semasa korang mengadap skrin komputer, tiba-tiba akan ada satu pop-up dengan perkataan “Do you like the red room?”. Dikatakan, pop-up ini tak boleh ditutup dan tak lama selepas itu keseluruhan skrin akan menjadi merah.

Tak terhenti setakat itu, skrin yang berubah menjadi merah kemudiannya akan dipenuhi dengan nama-nama mangsa yang pernah kena sumpahan bilik merah sebelum ini. Tak ada apa yang korang boleh buat untuk lari dari sumpahan ni dan mangsa baru akan dibunuh dengan ganas dan bilik mereka akan dicat dengan darah.

Kisah internet ini telah menjadi terkenal apabila seorang kanak-kanak berusia 11 tahun telah membunuh rakan sekelasnya pada tahun 2004 sebelum siasatan selanjutnya dijalankan dan mendapat tahu baru kanak-kanak tersebut telah terpengaruh dengan animasi Bilik Merah.

5. Stesen Kisaragi

Kisah Kisaragi Stesen bermula di papan mesej 2channel pada 2004. Satu poster telah menceritakan kisah yang berlaku dalam masa nyata mendakwa bahawa dia merupakan seorang wanita yang telah masuk ke dalam kereta api yang dia biasa ambil untuk pergi dan pulang kerja pada setiap hari, cuma kali ini, ia tak berhenti di stesen stesen biasa.

Selepas terperangkap di dalam kereta api bergerak itu selama satu jam, ia kemudiannya berhenti di Stesen Kisaragi yang tak termasuk dalam perjalanan kereta api tersebut dan tak pernah didengari oleh wanita ini. Dia kemudiannya telah keluar untuk lihat apa yang berlaku sebelum kereta api tersebut berlalu pergi.

Wanita tersebut mengatakan yang dia tak jumpa sesiapa di stesen tersebut dan tak ada peta mahupun carian internet yang boleh jumpa lokasinya walaupun selepas dibantu oleh beberapa orang yang melihat papan mesej tersebut.

Wanita ini kemudiannya mula berjalan mengikut landasan kereta api untuk mencari sesiapa dan mula terdengan bunyi ketukan drum. Dia kemudiannya telah masuk ke dalam satu terowong gelap dan menulis bahawa dia telah bertemu dengan seorang lelaki yang kelihatan baik dan menawarkan untuk menumpangkannya.

Ekoran tak ada pilihan lain, wanita ini mengatakan dia telah menerima pelawaan lelaki tersebut. Dan ini merupakan kemas kini terakhir yang diberikan oleh wanita tersebut. Sampai hari ini dia tak pernah muncul lagi.

Hm, macam manalah dia boleh update papan mesej tu eh?

Sumber: Stars Insider

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.