in

429 Individu Hilang Di M’sia, Ini Antara 5 Orang Yang Masih Gagal Ditemui

Collage 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini di sebuah ladang kelapa sawit selepas wanita ini dilaporkan hilang beberapa hari sebelumnya.

Untuk pengetahuan korang, seramai 429 individu berusia 18 tahun masih dilaporkan hilang sehingga sekarang tau dan jumlah ini direkodkan dari tahun 2022 sehingga Jun lalu melibatkan seramai 314 lelaki dan 115 wanita.


Tragedi orang hilang ini memang menyedihkan bagi keluarga ekoran tak dapat penyelesaian tentang apa yang berlaku kepada ke atas orang kesayangan mereka ni. Dekat bawah ni adalah antara beberapa orang yang telah dilaporkan hilang namun masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.

1. Fiffy Arnatasya

Fiffy Arnatasya Abdullah 1721050498

Pihak polis masih meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang sejak 28 Jun lalu di Kuala Pilah.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani, pihaknya telah menerima maklumat mengenai kehilangan Fiffy Arnatasya yang berusia 16 tahun ini pada jam 1 pagi.

Berdasarkan siasatan awal, kejadian ini merupakan kehilangan kali kedua yang mana pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat mengesan dan membawanya pulang ke rumah.

“Bagaimanapun, kali ini remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tidak pulang ke rumah dan laporan polis dibuat berhubung kehilangan tersebut.

“Remaja terbabit berkulit kuning langsat, tinggi kira-kira 150 sentimeter (cm), berat sekitar 45 kilogram, berbadan kurus dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu.”

Dikatakan, kali terakhir Fiffy dilihat adalah di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun 2024. Kalau korang ada maklumat tentang remaja ini, boleh hubungi IPD Kuala Pilah di talian 06-4842222.

2. Rohani Babu

Whatsapp Image 2024 07 08 At 16.18.08

Seorang warga emas berusia 63 tahun, Rohani Babu telah dilaporkan hilang sejak Jun lalu dari rumahnya yang terletak di Paya Terubong, Georgetown.

Namun begitu, sehingga hari ini tiada sebarang petunjuk baru mengenai wanita ini walaupun pencarian di semua lokasi masih diteruskan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, keluarga Rohani mendakwa wanita ini mempunyai penyakit nyanyuk dan telah menetap sendirian di rumahnya dan kali terakhir dilihat di Kampung Lembah Ria, Ayer Hitam pada 9 Jun lalu.

Kalau korang ada maklumat, boleh hubungi pegawai penyiasat, Sarjan Zolkefli Mohd Nor di talian 013-5951192 atau Balai Polis Bandar Baru di 04-2824522.

3. Syahrul Ashraf

Kes Orang Hilang Syahrul Asyraf

Seorang pemandu e-hailing telah dilaporkan hilang sejak Khamis lalu selepas menghantar seorang penumpang ke Teluk Intan, Perak.

Namun sejak memberitahu keluarganya yang dia bakal menghantar seorang penumpang ke Teluk Intan pada Khamis lalu (11 Julai 2024), Syahrul Ashraf yang berusia 33 tahun ini gagal dihubungi oleh ahli keluarga termasuk isterinya.

Menurut abang pemandu ini, Syahrul tak pernah mengadu tentang apa-apa masalah sebelum ini dan tak pernah hilang meninggalkan isteri dan empat orang anaknya.

Kalau korang ada maklumat mengenai kehilangan Syahrul Ashraf, boleh hubungi abangnya, Saiful Azwan Dahlan di talian 017-6328457.

4. Yahya Harun & Azman Mat Jaab

41720609517 Tbsiputbelitung

Dua rakan dilaporkan hilang ketika keluar mencari siput belitung di hutan paya bakau Sungai tuntung di Pantai Remis, Perak pada 18 Jun lalu.

Keluarga kemudiannya telah membuat laporan kehilangan di Balai Polis Pantai Remis pada 19 Jun lalu. Menurut anak Yahya Harun, Mohamad Noor Azlan, keluarganya telah menyertai operasi mencari dan menyelamat yang telah dijalankan sejak hari pertama lagi namun pencarian tersebut masih belum membuahkan hasil.

Beberapa hari lalu, Azlan turut mengatakan bahawa nalurinya mengatakan bahawa bapa dan rakan bapanya itu masih lagi hidup dan berada di hutan baya bakau tersebut tapi merasakan ada sesuatu perkara telah berlaku menyebabkan mereka tak jumpa jalan keluar.

Walaupun operasi mencari dan menyelamat telah dihentikan oleh pihak berkuasa, ahli keluarga dan orang awam masih meneruskan pencarian dua rakan ini sehingga ke hari ini dan setakat ini, tiada petunjuk baharu yang didapati oleh mereka.

5. Nur Aina Faqihah

Nur Aina

Terbaru, pihak polis kini giat mengesan seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang hilang dari rumahnya di Felda Lurah Bilut, Bentong sejak 15 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, usaha mengesan mangsa digerakkan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa, Selasa lalu.

Bapanya, Shahrizan Mohd Daud berkata dia menyedari kehilangan Nur Aina Faqihah selepas balik daripada bekerja pada Isnin lalu.

Katanya, Nur Aina ada memaklumkan kepada adiknya dia hendak keluar dan selepas itu anak ketiganya itu tidak lagi dapat dihubungi.

Ujarnya, selepas memeriksa bilik Nur Aina dia mendapati beg serta baju dan telefon bimbit anaknya itu telah tiada.

Lapor kes orang hilang lepas 24 jam adalah mitos

1982430

Baru-baru ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengatakan orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan.

Katanya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.

Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.”

Beliau turut berkata, sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis sebagai langkah awal mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.