Kita memang tak boleh nak memilih bila, dimana atau apa cara kematian yang kita mahukan. Walaupun semua orang mahukan kematian yang baik-baik, ada juga kematian yang berlaku tanpa sengaja dan dengan cara yang paling memalukan.
Jadi untuk artikel kali ini, kita akan lihat beberapa kematian yang paling memalukan pernah berlaku dalam sejarah. Jom tengok.
1. Mati kerana seluar dalam
Seorang lelaki berusia 35 tahun telah dihukum penjara kerana membunuh bapa tirinya selepas memberikan atomic wedgie sehingga menyebabkan dia dipenjara selama 30 tahun.
Perkara ini berlaku apabila Brad Davis telah bergaduh dengan bapa tirinya, Denver Lee St Clair pada Disember 2013 yang lalu selepas Brad mendakwa Denver telah menghina ibunya.
Ibu Brad pada ketika itu sedang berada di hospital selepas menjalankan pembedahan pinggul.
Brad yang juga merupakan seorang bekas anggota tentera laut telah menarik seluar dalam yang dipakai oleh bapa tirinya sehingga ke leher. Namun, getah seluar dalam tersebut telah menyekat saluran pernafasan sehingga membunuhnya.
Menurut peguam Brad, lelaki ini yang tinggal di sebuah trailer milik bapa tiri dan ibunya ini telah dibuli oleh Denver sepanjang hidupnya.
Dikatakan, Brad telah mengambil gambar Denver ketika lelaki ini tak sedarkan diri di atas lantai.
2. Lembu terjatuh
Pada tahun 2015, seorang lelaki dari Brazil telah tidur di katil bersama isterinya sebelum seekor lembu terjatuh dari atas bumbung ke atasnya.
Lembu seberat 1,360kg ini dipercayai telah terlepas dari kandang berhampiran dan memanjat bumbung pasangan ini selepas menaiki bukit yang terletak bersebelahan.
Lelaki ini malangnya telah meninggal dunia keesokan harinya akibat dari pendarahan dalaman akibat dari insiden tersebut.
Kalau korang nak tahu, kejadian ini merupakan insiden ketiga yang berlaku di kawasan tersebut dalam masa tiga tahun tau!
3. Seks bawa padah?
Terrence Simmons telah ditemui mati di rumahnya selepas melakukan satu perkara yang pelik pada April 2000.
Terrence telah membalut dirinya dalam plastik dan gunakan vakum untuk mengeluarkan semua angin dari plastik tersebut sebelum dengan secara tak sengaja membunuh dirinya sendiri kerana tak cukup udara.
Dia melakukan perkara ini sebagai salah satu aksi seks selepas bekas isterinya memberitahu bahawa dia pernah melakukan perkara yang sama dua tahun sebelumnya sebelum diselamatkan oleh isterinya itu.
4. King Adolf Frederick
Seorang raja, King Adolf telah meninggal dunia ketika dia sedang bersiap sedia untuk menyambut Fettisdagen atau Hari Selasa Gemuk, iaitu satu tradisi di Sweden yang dibuat selepas berpuasa untuk satu tempoh yang lama.
Adolf yang suka makan sedang bersiap sedia untuk menjamu selera dengan pelbagai hidangan lazat ketika sambutan yang dibuat pada tahun 1771. Dia memulakan jamuannya dengan makanan mewah seperti caviar, lobster, ikan bakar dan arak.
Selera King Adolf ni memang sangat besar. Selepas dia makan kesemua hidangan tersebut, dia nak makan pula pencuci mulut kegemarannya, Semla iaitu satu makanan tradisional Sweden berbentuk roti yang dipenuhi dengan pes kacang badam dan krim putar.
Adolf dikatakan telah makan sebanyak 14 Semla sebelum beberapa jam kemudian dia rebah dan meninggal dunia.
Penyebab kematian raja ini telah direkodkan sebagai masalah penghadaman namun tak dapat dipastikan adakan ia disebabkan oleh makan makanan terlalu banyak, sakit jantung kerana makan terlebih atau keracunan makanan.
Sumber: Funera