Mana destinasi terakhir korang bercuti? Mesti korang rindu kan?
Sebut pasal percutian atau selalu orang sebut sebagai ‘travel’ ni, pasti setiap orang ada minat dan sebab tersendiri bila ke satu-satu destinasi. Salah satu sebab yang biasa orang gunakan untuk travel adalah untuk menerokai kepelbagaian budaya yang menarik.
Seperti contoh, kita di rantau Asia sendiri kaya dengan destinasi yang menarik dari segi kebudayaan seperti Indonesia, Thailand dan lain-lain yang kaya dengan budaya masing-masing dari segi makanan, seni kreatif, seni bina yang unik dan lain-lain.
Kalau korang travel disebabkan kepelbagaian budaya ni, ini ada senarai destinasi yang menarik dan ‘underrated‘ yang korang boleh tuju di Asia.
Terkenal dengan seni bina yang telah berusia berabad-abad lamanya dan budaya yang kaya dengan pengaruh Asia Tenggara, Cina dan Perancis, ibu negara Vietnam ini adalah salah satu destinasi yang patut korang tuju untuk merasai sendiri keunikan budaya ini.
Antara lokasi yang menarik adalah Old Quarter atau dikenali sebagai Daerah Hoan Kiem iaitu hab perniagaan di Hanoi atau boleh melawat Old City Gate yang dibina pada tahun 1749 dan merupakan pintu terakhir yang tinggal dibina mengelilingi perimeter bandar lama.
Siem Reap merupakan bandar kedua terbesar di Kemboja dan seperti Phnom Penh, ia mempunyai seni bina kolonial Perancis dan gaya Cina di Old French Quarter dan sekitar Old Market.
Pastinya, kalau travel ke Siem Riep ni, tidak akan lengkap kalau tak singgah ke Angkor Wat yang merupakan monumen atau binaan keagamaan yang terbesar di dunia dan telah dibina pada abad ke-12.
Selain Angkor Wat, korang boleh juga melawat Preah Ang Thom Pagoda yang merupakan kawasan yang sangat suci dan istimewa untuk semua orang Kemboja.
Sebelum ini dikenali sebagai Kalkuta, Kolkata merupakan sebuah bandar yang terkenal dengan seni bina kolonial, muzium, galeri seni, makanan tradisional, kuil, muzik dan teater yang mempunyai gabungan tradisional dan moden.
Salah satu binaan yang tersergam indah ditengah bandar Kolkata ialah Victoria Memorial. Menariknya, bangunan ini diperbuat daripada marmar serba putih dan dibina antara 1906 dan 1921 untuk meraikan 25 tahun pemerintahannya ke atas India. Ianya boleh dikatakan replika kepada Memorial Victoria yang ada di London.
Antara lokasi yang menarik dan wajib kunjung kalau ke Penang ialah Chong Fatt Tze Mansion yang pernah menjadi bualan ramai selepas menjadi salah satu lokasi penggambaran dalam filem Crazy Rich Asian.
Selain itu, boleh juga melawat Hean Boo Thean Temple yang dibina pada tahun 1972 ini. Ia merupakan salah satu tokong ‘terapung’ yang dibina dan lebih menarik pada waktu malam dengan hiasan lampu LED yang menarik.
Kalau tak ke sana, boleh ke Jalan Kapitan Keling atau Pitt Street, jalan raya utama di bandar George Town yang juga merupakan salah satu jalan tertua di pusat bandar.
Menariknya disini, dibina empat tempat ibadat, setiap satu daripada agama yang berbeza – Islam, Taoisme, Hindu dan Kristian yang terletak dalam jarak beberapa meter antara satu sama lain di sepanjang jalan ini, sebab itu juga ia mendapat jolokan, Jalan Harmoni.
Kalau nak ikutkan, banyak destinasi yang menarik untuk korang teroka kalau minat pasal budaya ni dan kebanyakkannya merupakan destinasi yang senang untuk kita kunjungi, lebih-lebih lagi dengan AirAsia.
4 destinasi ni juga ‘tersenarai’ di bahagian Culture Vulture dalam video interaktif terbaru dari AirAsia. Bukan sekadar video biasa, selain menyenaraikan lokasi-lokasi menarik ia juga boleh ‘menentukan’ destinasi percutian untuk korang berdasarkan personaliti travel korang tersendiri.
Lagi menarik, ada diskaun 20 % untuk penerbangan ke SEMUA DESTINASI bermula 13 Jun hingga 19 Jun 2022 ini!
So macam mana? Destinasi mana yang korang nak pegi lepas ni?